Segalanya Tentang Makan..

Gulai Ikan Termenung Utara. Mudah Hanya 5 Bahan Asas, Sedap Hirup Kuah Macam Tu Je.

0 6,925

Masakan belah utara ni memang sedap-sedap. Dari masakan sup, mee, laksa sampailah ke lauk-pauk. Ada je hidangannya yang seakan berbeza sikit dengan negeri lain. Bila tiap hari masak, pening kadang-kadang fikir nak masak apa kan. Apa kata cuba gulai ikan termenung utara ni pula.

Kalau tegok gulai utara ni simple je. Kuah pun tidak begitu pekat dan warnanya pucat. Walaupun simple tapi sedap. Kalau kebanyakan masakan kampung macam ni lah rupa dia. Memang ramai gemari sampai hirup kuahnya sampai licin.

Tak perlu berlebih-lebih. Selain ikan, cukup tambahkan 1 atau 2 jenis lagi sayuran contohnya bendi dan cili besar sebagai tambahan dalam kuah. Hidangkan dengan sambal belacan dan nasi panas dah cukup membuka selera.

Kuahnya yang cair tu, bak kata orang utara ceroi, buatkan sedap makan style banjir. Sambil makan nasi, sambil hirup sekali kuahnya.

Kalau balik dari kerja tu dan nak masak cepat, bolehlah buat hidangan gulai utara ni. Sebab ringkas je cara masaknya. Jom lihat perkongsian resepi dari Cik Puan Sarah ni.

 

RESEPI IKAN TERMENUNG UTARA

Biasanya makan dengan ikan termenunglah sedap. Ikan termenung ni ialah ikan kembung. Jenis ikan ni dengan isinya yang lembut, tak begitu tebal dan manis-manis memang sedap buat gulai cair.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Serbuk kari ikan (tak kira brand apa pun boleh)
  • Bawang putih (hiris halus)
  • Bawang merah (hiris halus)
  • Bendi
  • Daun kari
  • Ikan termenung
  • Santan

Cara masak gulai ikan termenung utara:

▶️ Panaskan sikit minyak dalam periuk/pot.

▶️ Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan daun kari.

▶️ Tumis sampai naik bau dan garing sikit.

▶️ Bancuhkan serbuk kari dengan sikit air, kemudian masukkan ke dalam periuk. Masukkan sikit lagi air.

▶️ Biarkan ianya mendidih dan pecah minyak.

▶️ Kemudian masukkan air lagi untuk jadikan kuah.

▶️ Masukkan sayur bendi.

▶️ Dan biarkan kuah mendidih dan bendi lembut.

▶️ Lepas bendi dah lembut, masukkan ikan.

▶️ Akhir sekali santan dan perasakan dengan garam. Boleh tambah cili merah besar sebagai hiasan.

▶️ Biarkan kuah mendidih.

▶️ Dah siap, boleh padamkan api.

 

BACA JUGA: Resepi Asam Pedas Claypot Tulang. Confirm Meleleh Air Mata!

 

Sedia dihidangkan dengan nasi, sambal belacan dan ulam-ulaman kalau anda suka. Tak ada ulaman pun tak apa. Sayuran bendi dah cukup memadai. Cuma kalau nak rasa lebih sedap dan pedas, sambal belacan tu wajiblah ada.

Gulai kari utara ni selain makan dengan nasi, sedap juga kalau cicahkan dengan roti. Ada siap racikkan roti kecil-kecil dan masukkan ke dalam kuah. Memang sedap buat hidangan minum petang.

Jangan lupa cuba resepi gulai ikan termenung utara ni. Nak buatnya mudah je. Bagi yang baru nak belajar masak pun boleh buat resepi ni dan pasti menjadi. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.