Segalanya Tentang Makan..

Ikan Cencaru Bakar Sambal. Memang Letop Rasa Sambalnya. Resepi Mudah Dan Ringkas Je!

0 16,175

Kalau makan kat restoran ikan bakar, fuhh ikan bakar jenis bersambal inilah yang paling favorite sekali. Cicah pula dengan kicap pedas, memang tak sedar cepat je habis seekor seorang. Ikan cencaru bakar sambal ni antara ikan bakar yang paling digemari.

Kalau tak ikan cencaru pun, buat ikan bakar kembung, pari, dan sebagainya. Tapi cencaru ni yang paling top sekali. Musim-musim pkp ni nak makan kat kedai ikan bakar pun tak boleh dah. Dah alang-alang jumpa resepi ikan cancaru bakar sambal ni, apa lagi. Jomlah cuba.

Bahan ringkas je, tapi rasanya padu dan cukup menyelerakan. Bukan main sedap aroma ikan lepas je dibakar dalam daun pisang. Kalau buat sendiri lebih puas hati sebab ikut selera kita nak pedas tahap mana, atau nak buat banyak-banyak selupat sambal ke.

Baru-baru ni yang paling terkenal ikan bakar sambal campur petai. Kalau suka, boleh juga anda masukkan petai sekali dalam sambal.

Jom ikuti perkongsian resepi dari Jiwa Lara ni. Resepi ikan bakar beliau paling ringkas sekali bahannya. Kalau teragak, nak buat selang 2 hari atau hari-hari pun tak ada masalah.

 

RESEPI IKAN CENCARU BAKAR SAMBAL

Kalau buat ikan bakar ni, kesedapannya dah tentu terletak pada sambal. Sebelum bakar ikan, pastikan masak sambalnya dulu sehingga betul-betul masak dan cukup rasanya. Barulah nanti ikan bakar pun rasa padu juga.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ikan cencaru 4 ekor (terpulang pada anda nak banyak mana)
  • Serbuk kunyit dan garam (untuk sapu pada ikan)
  • Cili kering 2 genggam (siap direbus)
  • 1 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 3 batang serai (yang montok)
  • Garam
  • Gula
  • Bahan perasa lain yang anda suka contohnya aji
  • Air asam jawa
  • Daun pisang untuk balut ikan
  • Minyak masak untuk menumis

Cara buat ikan bakar cencaru sambal:

▶️ Mula-mula kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dan serai sehingga halus.

▶️ Kemudian panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan bahan kisar tadi. Tumis dengan api sederhana.

▶️ Tutupkan kuali dengan tudung periuk supaya minyak tak merecik dan sambal cepat masak.

▶️ Masukkan air asam jawa. Dan perasakan dengan garam, gula dan perasa. Kacau sebati.

▶️ Pastikan sambal betul-betul masak. Baru padamkan api.

▶️ Belah ikan cencaru yang dah siap dibersihkan.

▶️ Sapukan serbuk kunyit dan garam, dan balut dengan daun pisang yang dah dibersihkan.

▶️ Kemudian bakar atas dapur. Sambal tak perlu letak lagi sebab masih ada air ikan. Nanti takut sambal meleleh.

▶️ Tutup ikan dengan tudung periuk supaya cepat masak. Bakar dalam 15 minit.

▶️ Bila ikan dah masak, baru letakkan sambal. Lepas tu tutup semula daun pisang dan bakar lagi 5 minit supaya sambal meresap ke dalam ikan.

▶️ Dah siap!

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Bakar Petai Sedap Macam Kat Kedai. Buat Stok Sambal Rencahnya, Boleh Makan Berkali-Kali!

 

Sedia dihidangkan dengan nasi panas. Kalau nak hidangkan sekali dengan kicap pedas dan perahan air limau atas ikan pun boleh.

Kalau anda nak masak dengan ikan lain pun sedap juga. Sama je cara masakannya. Selain tu nak buat dengan seafood lain seperti sotong pun enak.

Masak dengan apa pun memang menyelerakan, janji dibakar dalam daun pisang. Barulah terasa aromanya. Jangan lupa cuba ikan cencaru bakar sambal ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.