Pernah tak makan kulit lembu? Orang-orang bandar mesti jarang nampak apatah lagi rasa masakan ni. Yang dah biasa makan tu, kulit lembu ni dah jadi makanan favorite mereka dah. Bagi yang belum rasa lagi, anda boleh cuba resepi kulit lembu masak lemak cili api dari resepi Tokma ni.
Serius kalau kulit lembu dimasak pedas, memang sedap. Tambahan lagi resepi Tokma ni jarang tak sedap. Tengok je pun dah memangkitkan selera. Kulit lembu ni ada yang dibuat sambal, ada juga dibuat tumis berlada atau gulai.
Ada sesetengah orang memang tak pandai makan kulit lembu ni. Tapi, tak kira jenis masakan apa, kalau kena gaya masakannya memang sedap dan berselera.
Kulit lembu ni diproses bersih dulu sebelum dimasak. Caranya dibakar dulu, direbus dan dikikis. Sekarang ni mudah je. Kulit lembu yang dah diproses ni memang dah ada siap dijual di pasar.
Tapi kadang-kadang lepas beli yang proses tu, perlu dikikis lagi kalau nampak ada lagi lapisan lemak lembu yang tertinggal. Bila dah dimasak, rasanya kenyal-kenyal dan sedap.
RESEPI KULIT LEMBU MASAK LEMAK CILI API
Resepi Tokma ni simple je. Tak dicampurkan dengan bahan atau sayuran lain. Tapi kalau buat kulit lembu masak lemak ni, sedap juga kalau dicampurkan dengan petai, belimbing buluh, rebung atau apa-apa bahan dan sayuran lain.
Kalau anda nak, boleh masukkan apa-apa sahaja yang anda suka ikut selera masing-masing.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan kisar:
- Bawang besar 1 labu
- Bawang putih 5 ulas
- Lengkuas 2 inci
- Kunyit 2 inci
- Serai 2 batang
- Daun limau purut 3 helai
- Cili api 1 genggam
Bahan lain:
- Kulit lembu yang dah siap dibakar dan direbus
- Serai 3 batang yang dititik
- Santan pekat 3 sudu besar
- Kicap pekat 1 sudu besar
- Daun limau purut 2-3 helai
- Garam dan perasa secukupnya
Cara masak kulit lembu masak lemak cili api:
▶️ Mula-mula kisar bahan yang perlu dikisar tadi.
▶️ Kemudian tumiskan dalam kuali. Dan masukkan sekali 3 batang serai yang dah dititik.
▶️ Selepas bahan tumisan dah garing, masukkan kulit lembu. Biarkan sekejap sambil kacaunya.
▶️ Kemudian masukkan air yang dikocakkan dalam blender bahan kisar tadi.
▶️ Masukkan pula santan pekat. Boleh pakai santan segar atau santan kotak. Kacau sebati.
▶️ Kemudian masukkan kicap pekat.
▶️ Biarkan kuah mendidih dan kecilkan api. Selepas tu masukkan daun limau purut yang dicarik-carikkan.
▶️ Biarkan kuah direneh sehingga kuahnya pekat. Kemudian masukkan garam dan perasa secukup rasa.
▶️ Dah pekat kuah, boleh tutup api.
▶️ Sedia dihidangkan.
BACA JUGA: Resepi Sotong Sumbat Telur Terlajak Sedap! Rugi Kalau Tak Cuba!
Kulit lembu masak lemak cili api ni kalau dimasak pedas dan pekat kuahnya, memang betul-betul padu. Gaulkan dengan nasi panas kuahnya tu, memang berselera.
Kalau masak simple macam resepi Tokma ni, lagi sedap kalau dihidangkan dengan ulaman, ikan goreng, telur asin atau apa-apa sahaja. Confirm makan nasi bertambah-tambah.
Lepas ni bolehlah cuba buat kulit lembu masak lemak cili api ni. Mana tau lepas ni boleh jadi makanan favorite anda pula. Selamat mencuba!