pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Masak Gulai Kari Udang Petai Negeri Sembilan. Style Orang Dulu-Dulu Main Lebur Je. Serius Padu!

0 981

Kalau tanya wan-wan kat kampung di negeri Sembilan pasal resepi gulai lemak kari petai, confirm dikatanya itu resepi paling mudah main lebur je. 5 minit siap! Masak gulai kari udang petai negeri Sembilan ni memang menu favorite. Kalau makan mesti cepat licin!

Perkongisan resepi ni dari Juliana Mohamed Ramly yang mana resepi ni dari ibu mertuanya dari negeri Sembilan. Nak potong petai sebelum masak pun ada caranya yang tersendiri. Bau petai tu kena sebati dan meresap dalam kuah barulah rasa masakan petai yang sebenar.

Simple je resepinya. Tak perlu bahan yang banyak pun. Yang penting gunakan santan pekat dan segar untuk lebih lemak dan berasa. Kalau dapat hirup kuah memang puas hati.

Cuma resepi ni tak masukkan cili, jadi tak ada rasa pedas. Kalau anda nak pedas boleh masukkan cili kisar sikit atau pun cili padi untuk rasa pedas ikut kesukaan anda.

Selalunya kalau tengok masak lemak atau gulai kari ni masukkan serai ketuk seketul-seketul macam tu kan. Tapi resepi ni serainya diracik halus. Mungkin untuk dapatkan kuah lebih wangi.

 

GULAI KARI UDANG PETAI NEGERI SEMBILAN

Untuk apa sahaja masakan udang yang berkuah ni, lagi sedap kalau udang tu dimasukkan betul-betul hujung dan sekejap je dimasak. Barulah saiz udang yang besar kekal segar bugar. Tapi ikut juga citarasa anda. Ada yang lebih suka jika udang lebih kecut.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Udang
  • Petai
  • Rempah kari ikan
  • Santan
  • Bawang besar dihiris
  • Serai dihiris
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam
  • Ajinomoto atau bahan perisa lain kalau anda suka

Cara masak gulai kari udang petai negeri Sembilan:

▶️ Mula-mula kikis kulit petai di bahagian mata petai.

▶️ Kikis gunakan pisau pun boleh, atau guna je apa-apa yang mudah bagi anda contohnya berus dawai kuali.

▶️ Kemudian potong petai kecil-kecil dan belah tengahnya.

▶️ Celurkan petai terlebih dahulu.

▶️ Lepas tu masukkan je kesemua bahan-bahan dalam periuk/pan.

▶️ Masak dengan api yang sederhana.

▶️ Kena sentiasa kacau sampai kuah meruap. Jangan berhenti kacau sebab takut santan berketul.

▶️ Perasakan dengan garam secukup rasa.

 

BACA JUGA: Cara Buat Petai Jeruk Kekal Rangup Walau Berbulan Lamanya. Sedap Dibuat Ulam Atau Dimasak Dengan Lauk!

 

▶️ Dah masak dan cantik warnanya boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

Mudah je kan? Lebur je kesemua bahan dah jadi masakan gulai yang sedap dan enak berlemak. Kalau hidang dengan nasi panas-panas memang layan.

Masakan gulai lemak kari macam ni kalau digandingkan pula dengan ikan goreng atau ayam goreng lagi bertambah sedap. Tak percaya cubalah!

Kalau jumpa petai kat pasar nanti jangan lupa beli. Boleh buat masak gulai kari udang petai negeri Sembilan ni. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.