Mengundang betul kalau masak asam pedas kuah macam ni. Mau licin semangkuk hirup macam tu je. Apatah lagi gaulkan dengan nasi. Resepi asam pedas ikan kembong kuah pekat likat ni dikongsikan oleh Cik Puan Ain. Dapat makan asam pedas macam ni tak toleh kiri kanan dah.
Selama ni susah nak dapatkan asam pedas yang sedap dan padu kan. Dah cuba dah macam-macam resepi asam pedas. Tapi lain resepi lain penerimaan tekak masing-masing. Ada yang suka pedas lebih, ada pula suka masam lebih. Sesetengah orang tak suka sangat kuah yang pekat.
Berbeza-beza tekak masing-masing. Tapi tak dinafikan asam pedas ni yang sedap mestilah cukup rasa pedas, masam, masin dan kepekatannya. Kalau plain je bukan asam pedaslah jadinya. Dah jadi asam rebus pula.
Biasanya kalau nak masak asam pedas ni, ikan yang paling laku ialah pari, kembong, jenahak, tenggiri dan merah. Ada lagilah ikan-ikan lain yang orang suka tapi senarai ni antara yang paling sedap kalau masak asam pedas.
Kalau masak hanya ikan je dalam tu memang kurang sikit. Selalunya nak sedap ada sayuran seperti bendi, terung bulat dan tomato. Barulah lengkap rasanya hidangan tu.
RESEPI ASAM PEDAS IKAN KEMBONG
Dalam resepi ni ada masukkan pes asam pedas adabi sepeket untuk naikkan lagi rasanya. Namun terpulang pada anda nak masukkan ke tak. Tapi yang pasti nanti kenalah cukup rasa masam dan aroma kuah untuk bahan-bahan lain tu.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Ikan kembung
- Kacang bendi
- Bunga kantan
- Daun Kesum
- Tomato
Bahan kisar:
- Bawang besar
- Bawang putih
- Belacan (sikit)
- Halia
- Lengkuas
- Kunyit hidup
- Serai
- Pes asam pedas adabi (optional)
- Cili kisar (nak pedas masukkan lebih)
- Air asam jawa
- Garam
Cara masak asam pedas ikan kembong:
▶️ Panaskan minyak dalam kuali/pan.
▶️ Masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau.
▶️ Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai terbit minyak atau cili masak.
▶️ Lepas tu masukkan air asam jawa (ikutlah tahap pekat dan masam macam mana anda suka).
▶️ Biarkan kuah mendidih.
▶️ Kemudian masukkan ikan dan biarkan ikan masak.
▶️ Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
▶️ Masukkan sekali sayuran lain iaitu bendi dan tomato.
▶️ Perasakan dengan garam secukup rasa.
▶️ Biarkan kuah mereneh. Kalau rasa pekat sangat boleh tambahkan air.
▶️ Dah siap boleh padamkan api.
BACA JUGA: Resepi Asam Pedas Claypot Tulang. Confirm Meleleh Air Mata!
Hidangkan dengan nasi putih panas-panas, boleh buatkan makan sampai bertambah. Kuah asam pedas ni memang tak sama macam kuah lauk lain. Kalau masak gulai lemak misalnya, kuah pekat atau tak itu nombor 2. Yang penting cukup santan dan garam dan okay.
Tapi masak asam pedas ni, kena ada rasa pedas, masam dan pekat baru menangkap. Baru boleh makan penuh berselera. Betul tak?
Jangan lupa cuba resepi asam pedas ikan kembong kuah pekat likat ni. Kalau anda nak masak dengan ikan lain pun boleh. Resepi tetap sama. Selamat mencuba.