Kalau tak sempat nak masak apa, selalunya masak hidangan telurlah yang kita fikir nak buat. Tapi muak pula kalau asyik sambal telur, telur masak kicap dan sebagainya. Belum pernah cuba lagi menu lain. Apa kata cuba resepi asam pedas telur simple dan sedap yang dikongsikan oleh Aida Kama ni.
Tak tahulah kalau anda pernah jumpa masakan ni. Tapi sebenarnya memang jarang orang buat. Telur masak asam pedas ni sedap juga sebenarnya. Yang penting ialah kuahnya tu. Cara masaknya ialah masukkan je telur yang direbus sebiji-sebiji ke dalam kuah.
Memang rasa telur tu tak berapa sangat lagi, tapi bila belah je telur rebus untuk makan, waktu tulah sedap sebab kuah asam pedas dah meresap ke dalam telur. Enak bila makan dengan gaulkannya dengan nasi.
Bahan untuk masak asam pedas telur ni mudah je. Semua memang asas barang yang ada di dapur. Cara tumisannya tu yang buatkan kuahnya sedap dan berasa.
Lagi sedap kalau kuah tu terasa bahang-bahang pedasnya. Nama pun asam pedas kan. Kalau tak pedas, tak menangkap pula rasanya.
RESEPI ASAM PEDAS TELUR SIMPLE DAN SEDAP
Resepi ni ialah untuk portion 1-2 orang makan. Bergantung juga pada kuah. Untuk resepi ni dapat dalam semangkuk asam pedas. Syarat nak sedap ialah tumiskan halba dan bawang besar yang banyak untuk rasa kuah yang sedap, manis dan wangi.
Bahan-bahannya:
- Telur rebus 2 biji
- Biji halba 15-20 biji
- Bawang besar 2 biji (hiris tebal)
- Bawang putih 2 ulas
- Cili kisar/giling 1 sudu makan
- Asam keping 1
- Air 1 ½ cawan
- Garam dan gula secukupnya
Cara masak asam pedas telur:
▶️ Basuhkan biji halba dulu, kemudian tumbuk halus dengan bawang putih sekali.
▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bahan tumbuk ni sampai naik bau.
▶️ Kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.
▶️ Masukkan bawang besar yang dihiris tebal. Kacau sampai bawang sedikit layu.
▶️ Lepas tu masukkan air, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
▶️ Biarkan kuah menggelegak dan bawang masak sepenuhnya.
▶️ Kuah ni perlu manis lebih berbanding masin baru sedap.
BACA JUGA: Resepi Gulai Kerutuk Telur Original Kelantan. Masak Kuah Pekat, Sedap Terangkat.
▶️ Dan akhir sekali masukkan telur yang dah siap direbus.
▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan.
Memang enak makan dengan nasi putih tanpa ada lauk lain lagi. Rahsia kuah ni sedap sebab halba tu sendiri.
Sesetengah orang mungkin tak suka masak asam pedas dengan masukkan halba. Tapi sebenarnya ada keunikan pada rasanya.
Bagi yang teringin nak rasa asam pedas telur, bolehlah ikut resepi ni. Lagipun ianya bukan je sedap, malah mudah untuk disediakan. Jangan lupa mencubanya!