Teringin tak nak makan ayam masak butter yang selama ni orang sebut-sebut tu? Iyalah, kadang-kadang muak juga dengan menu masakan ayam yang sama. Ini salah satu idea masakan yang anda boleh cuba. Iaitu resepi ayam butter berkrim, kuahnya pekat dan pedas wangi.
Dengar nama macam rumit je kan. Macam ala-ala makanan western. Tapi sebenarnya resepi ni mudah dan cepat. Dan yang penting rasanya memang kena dengan tekak Melayu. Biasanya kalau masakan butter ni orang ingat ianya cepat muak atau tak masuk pada tekak.
Tapi sebenarnya masakan ni sedap dan wangi, malah boleh dibuat versi pedas yang cukup membuka selera. Kuahnya tu dimasak pekat. Itu yang buatkan sedap kalau digaulkan dengan nasi.
Apa yang buatkan resepi ayam butter ni sedap ialah, ayamnya tu kita perap dulu dengan campuran serbuk kari. Bila tumiskannya dengan butter tu yang buatkan rasa dan aromanya naik.
Dengar pun dah buatkan anda terliur kan. Rugi kalau tak cuba. Nak tau macam mana nak buatnya, jom ikut perkongsian resepi dari Asrinna Bakri ni.
RESEPI AYAM BUTTER BERKRIM PEDAS
Rahsia masakan ayam butter ni rasa lemak berkrim ialah disebabkan susu cair yang dijadikan kuahnya. Tapi susu ni bukanlah bahan untuk kuah semata-mata. Nanti kuahnya terlalu cair pula kan.
Dalam perapan ayam nanti akan dimasukkan tepung sekali. Bahan tepung inilah yang akan membantu memekatkan kuah. Baru bertambah sedap.
Bahan-bahannya:
- Ayam 200 gram (agak-agak kuantitinya)
- Susu cair ½ tin (kalau nak kuah lebih, boleh masukkan susu ni lebih sikit)
- Bawang putih 3-4 ulas (dicincang)
- Cili padi 3-4 biji (dicincang)
- Serbuk kari 1 sudu besar
- Gula 1 sudu besar
- Tepung gandum 1 sudu besar (kalau nak pekat lagi, boleh tambahkan sesudu dua)
- Telur 1 biji
- Daun kari
- Serbuk pati ayam sebagai perasa
Cara masak ayam butter berkrim:
▶️ Mula-mula bersihkan ayam, dan potong sederhana.
▶️ Kemudian satukannya dengan serbuk kari, tepung, gula, telur dan juga pati ayam dalam 1 mangkuk.
▶️ Gaulkan dan perapkannya sekejap.
▶️ Panaskan mentega dalam kuali. Kemudian masukkan cili padi, bawang putih dan daun kari.
▶️ Tumiskannya sehingga garing.
▶️ Lepas tu masukkan ayam yang dah diperap tadi. Tumiskannya sampai ayam separuh masak.
▶️ Kemudian masukkan sikit air dalam ½ cawan. Dan masukkan juga susu cair.
▶️ Biarkan kuah merenah dalam api yang perlahan sehingga ayam betul-betul masak dan kuahnya menjadi pekat.
▶️ Akhir sekali perasakan dengan garam.
BACA JUGA: Udang Butter Nestum Rangup Dan Sedap. Wajib Cuba! Resepi Paling Ringkas Tapi Terangkat.
▶️ Dah siap, boleh padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Memang sedap dengan rasa pedas dan aroma wangi dari serbuk kari dan juga butter. Masa menumis pun dah tergoda dengan baunya, apatah lagi bila dah rasa.
Kalau anda mahukan rasa yang lebih pedas, boleh masukkan lebih cili padi. Barulah tak rasa muak bila gaulkan kuahnya banyak-banyak dengan nasi.
Kalau ada ayam lebih dalam peti sejuk tu, boleh cuba resepi ayam butter berkrim versi pedas ni. Pasti anda tak akan menyesal. Jangan lupa mencubanya!