Masakan buttermilk ni kita tahu rasa dia sedap, manis berlemak dan ada aromanya. Dan ayam goreng pula memang salah satu makanan kegemaran semua orang. Bayangkan resepi ayam buttermilk sedap ni! Bila gabungan ayam crispy krup krap disaluti dengan kuah buttermilk, rasanya memang layan habis sampai tak puas makan.
Kalau selama ni suka sangat dengan ayam goreng, boleh sebenarnya nak pelbagaikan masakan ayam goreng ni. Untuk resepi ni, ayamnya bukan digoreng biasa. Tapi digoreng dengan tepung goreng rangup yang lebih sedap dari biasa. Kemudian baru disaluti dengan kuah buttermilk.
Kalau buat resepi ayam buttermilk ni, belum sempat makan dengan nasi confirm anak-anak dah siap meratah. Kuah buttermilk ni pula memang sedap dengan rasa manis, berlemak krim dan wangi aromanya. Kalau nak buat pedas, boleh lebihkan cili padi. Begitu juga sebaliknya.
Kalau anda nak cuba resepi ayam buttermilk sedap ni, boleh ikut resepi yang dikongsikan di Koleksi Resepi Masakan Ayam di Fb. Bahan sangat simple dan mudah je cara membuatnya. Hanya gunakan 6 bahan asas je.
Untuk tepung goreng ayam tu, anda boleh gunakan jenama Bestari sebab jenama ni yang paling sedap setakat ni. Tak kisah nak gunakan yang berperisa pedas atau asli. Kalau gunakan yang pedas tu lagi sedap sebenarnya. Nanti untuk kuah buttermilk tu tak perlu lagi masukkan banyak cili padi.
RESEPI AYAM BUTTERMILK
Untuk ayamnya, tak kisah anda nak gunakan isi ayam sahaja atau semua bahagian tulang yang lain. Semua bahagian ayam sedap. Lepas tu, potongkan ayam kecil-kecil sahaja. Lagi sedap dan nikmat bila digoreng rangup.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Ayam
- Tepung goreng ayam serbaguna Bestari (kalau tak ada, boleh gantikan dengan tepung jagung)
- Butter
- Susu cair ½ tin
- Bawang putih 3 ulas dihiris
- Bawang merah 1 biji dihiris
- Cili api
- Tepung jagung
- Daun kari secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
Cara buat ayam buttermilk:
▶️ Mula-mula potong ayam kecil-kecil dan cuci bersih.
▶️ Kemudian salutkan dengan tepung goreng Bestari.
▶️ Panaskan kuali, dan masukkan butter. Dalam pada butter nak mencair, masukkan ayam yang dah disalut tepung tadi dan gorengkan sekali.
▶️ Goreng ayam sehingga garing dan angkat.
▶️ Dengan baki butter tadi, masukkan daun kari, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau.
▶️ Selepas tu tuang susu cair ikut berapa banyak kuah yang anda nak. Dan masukkan sikit tepung jagung untuk pekatkan kuah.
▶️ Perasakan dengan garam dan gula.
▶️ Dah siap. Boleh tuangkan kuah buttermilk pada ayam yang dah digoreng tadi.
▶️ Sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Resepi Ayam Goreng Perap Sedap Tak Terkata. Guna Bahan Simple Je!
Sesiapa pun tengok mesti akan terliur. Dengan ayam rangup, pedas dan disaluti lagi kuah lemak berkrim. Kalau buat resepi ayam buttermilk ni taip-tiap minggu pun no hal lah.
Nak makan dengan nasi ke, dengan mihun ke. Malah nak meratah macam tu je pun sangat sedap. Ikutlah selera masing-masing.
Lepas ni kalau anak-anak minta ayam goreng rangup, cubalah hidangkan dengan kuah buttermilk ni. Mana tau mereka menyukainya. Selamat mencuba!