Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Buttermilk Super Sedap. Rahsia Kuah Berkrim Lebih Enak Dari Biasa!

0 1,235

Sedapnya tengok masakan ayam buttermilk yang pekat kuahnya dan penuh berkrim ni. Teringat dulu kalau tengok orang masak ayam buttermilk ni terus terfikir, sedap ke kuah bersusu ni dimakan dengan ayam goreng? Apa rasanya?

Kali ni bila jumpa resepi ayam buttermilk super sedap ni, tak ragu-ragu nak cuba! Sebab dalam hidangan ni, ayamnya digoreng garing, dan kuah pula pekat dan creamy dituang cantik atas ayam. Nampak fresh dan menyelerakan!

Setiap orang lain tangan, lain cara masaknya. Selalunya kita lihat kuah tu digaul terus dengan ayam membuatkannya terus meresap ke dalam gorengan ayam tu. Jadi, ayam tu akan jadi sedikit lembik.

Kali ni, jom cuba buat style masakan macam ni pula! Puan Sakinah Sulaiman ada kongsikan resepinya. Yang menariknya, dalam resepi beliau ni ada dikongsikan sekali rahsia bahan yang digunakan untuk buatkan kuah lebih sedap dari biasa.

Cara masaknya pun mudah je. Hanya gunakan 6 bahan asas yang memang dah siap ada di dapur!

 

RESEPI AYAM BUTTERMILK

Resepi ni ialah anggaran untuk hidangan 2 orang sahaja, sebab menggunakan 2 ketul dada ayam. Kalau anda nak buat lebih, boleh gandakan bahan, dan agak-agak kuantitinya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Dada ayam 2 ketul yang dah siap dipotong kecil dan digoreng popcorn
  • Cili hijau 1 biji dipotong kecil
  • Bawang putih 4 ulas dicincang
  • Daun kari 2 tangkai
  • Marjerin Pelangi 1 ½ sudu besar
  • Susu sejat atau creamer sejat F&N 1/3 tin

Cara masak ayam buttermilk:

▶️ Mula-mula panaskan non stick pan atau kuali leper yang tak melekat. Lepas panas, masukkan marjerin dah biarkan mencair.

▶️ Kemudian masukkan bawang putih, daun kari dan juga cili padi yang dah siap dipotong. Terus tumis sampai naik bau.

▶️ Seterusnya tuangkan susu sejat atau creamer sejat.

▶️ Bila kuahnya dah mendidih dan pekat, bolehlah masukkan sedikit gula untuk naikkan lagi rasa. Garam tak perlu dimasukkan lagi.

▶️ Bila kuahnya dah betul-betul pekat dan creamy, bolehlah padamkan api.

▶️ Tuangkan kuah buttermilk ni atas ayam yang dah digoreng.

▶️ Sedia untuk dihidangkan!

Nampak sedap dan menyelerakan kan? Bila ayam tu digoreng garing, dan diasingkan dengan kuah, dapat kita kekalkan kegaringan ayam tu.

 

BACA LAGI: Resepi Ayam Masak Cili Kering Berkuah. Sedap Sangat! Makan Sekali Confirm Repeat!

 

Tambah pula kuah buttermilknya pekat berkrim, jadi bila dituangkan ke atas ayam, dapat balance kan rasa kedua-duanya.

Apa yang menariknya, resepi ni lagi sedap dari biasa kerana menggunakan susu sejat atau creamer sejat. Selama ni kebanyakan resepi menggunakan susu segar (freshmilk).

Bukan tu je, penggunaan butter juga berbeza. Selama ni ramai buat menggunakan butter atau marjerin biasa. Tapi kalau gunakan marjerin Pelangi, rasanya lebih sedap dan menyengat!

Lepas ni kalau anda nak buat masakan buttermilk, buatlah resepi ayam buttermilk super sedap ni. Pasti akan berpuas hati! Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.