Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Goreng Kunyit Terlajak Sedap. Gorengan Ayamnya Memang Padu!

0 1,796

Siapa kat sini suka ayam goreng kunyit? Resepi ayam goreng kunyit ni memang selalu dengar orang buat, tapi tak lah segah masakan gulai atau sweet sour. Namun kalau sekali cuba rasa dia sedap tak terkata, memang susah nak lupa.

Menu ni simple je tapi mampu membuka selera. Sesuai bagi sesiapa yang gemarkan lauk kering atau tak berkuah. Kalau anda nak cuba resepi ayam goreng kunyit yang sedap, boleh usha-usha resepi dari Wan Luqman ni.

Walaupun ringkas je menu dia, tapi campuran bahan buatkan ayam goreng kunyit ni cukup berasa. Ayam pula ada rasanya tersendiri. Sebab diperap dulu sebelum digoreng garing. Lepas tu digaulkan dengan bahan tumisan. Kombinasi dia memang terbaik!

Mak-mak kalau nak bekalkan makanan anak ke sekolah sesuai buat ayam goreng kunyit ni. Sebab tak berkuah, simple dan kena dengan citarasa budak-budak.

Kalau dapat makan lauk ni dengan nasi putih dengan kicap sikit, lepas tu letakkan sikit sambal belacan. Fuhh, nikmat betul rasa dia. Jom kita tengok resepinya.

 

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT

Ayam goreng kunyit ni selalu nampak orang buat dengan dada ayam. Tapi sebenarnya lagi sedap kalau ada semua bahagian ayam termasuk kaki ayam sekali. Ikut part ayam mana yang anda suka, masukkannya sekali.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan untuk ayam:

  • Ayam dipotong kecil-kecil
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk kari
  • Serbuk cili
  • Tepung jagung
  • Garam sedikit
  • Lada hitam kasar
  • Gula

Bahan lain:
  • Tauhu siap digoreng garing
  • Bawang putih
  • Bawang holland
  • Bunga kobis
  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • Cili padi
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Serbuk pati ayam
  • Cuka hitam
  • Gula

 

Cara masak ayam goreng kunyit:

▶️ Mula-mula perapkan ayamnya.

▶️ Campur kesemua bahan perapan dengan ayam dan gaulkan.

▶️ Pastikan tak masukkan langsung air. Biarkan bahan-bahan tu pekat meresap ke dalam ayam. Dan perap selama 15 ke 30 minit.

▶️ Kemudian goreng. Goreng sikit-sikit dalam 5-7 ketul dalam 1 masa. Dan jangan letak minyak banyak sangat.

▶️ Ayam gorengan tu nanti cantik macam ni. Dan yang penting sedap tak terkata.

▶️ Gorengkan siap tauhu keping sebagai tambahan lauk dalam masak kunyit nanti. Lagi sedap.

▶️ Selepas tu keluarkan sikit minyak gorengan ayam tadi. Dan tumis bawang holland, bawang putih, bunga kobis, kacang panjang, lobak merah, cili padi, cili merah dan cili hijau.

▶️ Kemudian taburkan serbuk pati ayam dan titiskan sikit cuka hitam. Terus goreng dengan api yang kuat sikit sampai garing sedikit.

▶️ Lepas tu masukkan ayam goreng tadi dan gaul sekata.

▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Sambal Ayam Sedap, Mudah Dan Padu! Lagi Bertambah Sedap Ayam Dimasak Juicy! 

 

Bagi anda yang dah lama cari resepi ayam goreng kunyit ni, cubalah resepi ni. Ermm, memang sedap sangat. Terbaik kalau makannya panas-panas keluar dari kuali tu.

Bahan pun simple je. Kalau nak buat untuk anak-anak yang kurang makan pedas, boleh kurangkan bahan cilinya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.