Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Masak Kicap Style Jawa. Rahsia Kuah Lebih Sedap Dan Wangi. Mesti Cuba!

0 6,973

Kalau tengok masakan kicap ni nampak simple je kan? Tapi kalau resepi ayam masak kicap jawa style ni anda jangan pandang sebelah mata. Silap-silap sekali cuba lepas ni dah tak buat style masak kicap lain. Sebab masakannya sedap dan wangi dari resepi biasa.

Apa agaknya bahan rahsianya tu? Kalau makan mesti bertambah. Resepi ni dikongsikan oleh Umi Watie. Kalau anda nak tau, resepi ayam kicap ni masa awal-awal ditumis dulu rempah 4 sekawan dan cili hijau atau lada benggala. Tumis sekali dengan bahan kisar sampai naik bau.

Itu yang sampai ke sudah bila masak, aroma kuah kicap jadi sedap dan wangi. Dari ruang tamu dah boleh bau. Resepi ni jadi sedap dengan cukup rasa, dan ada bahang pedas dek lada hitam.

Ayam ni memang favorite semua orang termasuk anak-anak. Sebab tu eloklah dipelbagaikan resepi. Masak kicap style jawa ni mungkin tak semua orang tahu. Tapi sekali cuba terus jatuh hati.

Bahan penambahan biasanya dimasukkan kentang dan suhun. Terus nampak ayam masak kicap ni lebih mewah penuh dengan bahan dan rasa.

 

RESEPI AYAM MASAK KICAP STYLE JAWA

Kalau tak masak dengan ayam, boleh je masak dengan ikan. Yang penting ikan atau ayam digoreng juicy dulu supaya kuah kicap nanti meresap ke dalam ayam atau ikan. Rasanya akan lebih sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • ½ ekor ayam
  • 1 biji kentang
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga)
  • ½ cawan kicap manis
  • Asam jawa
  • Cili hijau
  • Suhun
Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar lada hitam

Cara masak ayam masak kicap style jawa:

▶️ Mula-mula cuci bersih ayam dan lumurkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.

▶️ Goreng sehingga masak, tapi jangan garing sangat.

▶️ Kemudian angkat dan toskan. Ketepikan.

▶️ Lepas tu goreng kentang yang dah dipotong.

▶️ Dah masak, angkat dan ketepikan juga.

▶️ Keluarkan sikit minyak. Lepas tu tumis 4 sekawan.

▶️ Masukkan cili hijau atau lada benggala. Ini bertujuan nak naikkan aromanya.

▶️ Biarkan bahan rempah dan cili hijau naik bau.

▶️ Dah layu cili tu boleh angkat dan keluarkan.

▶️ Masukkan bahan kisar dan tumis sampai wangi dan garing keperangan.

▶️ Tumis sampai pecah minyak macam ni dengan api kecil. Sentiasa kacau untuk elakkan hangit.

▶️ Seterusnya masukkan bancuhan air asam jawa. Asam jawa tu guna sebesar bola pingpong.

▶️ Masukkan pula kicap manis. Kacau sebati.

▶️ Masukkan air dalam 1 cawan untuk jadikan kuah. Kacau dan biarkan kuah menggelegak.

▶️ Lepas tu barulah masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi. Kacau sekata.

▶️ Masukkan suhun yang dah siap direndam dulu. Biarkan sampai suhun lembut.

▶️ Lepas tu masukkan cili hijau/lada benggala awal-awal tadi.

▶️ Perasakan kuah dengan garam dan gula secukupnya.

▶️ Dah siap boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Sedapnya Baut Paprik Ayam Campur Seafood, Dengan Kuah Pekat Likat. Bahan Simple Je.

 

Bau kuah kicap ni dia punya sedap memang tak boleh bawa bincang. Hidangkan pula dengan nasi panas, berselera anak-anak dan suami makan.

Kalau rajin tumis la sekali kubis dan ikan masin. Hidangkan bersama. Lengkaplah hidangan makan tengah hari anda.

Muak dah masak kicap biasa atau masakan lain kan. Anda mesti cuba resepi ayam masak kicap style jawa ni. Pasti tak menyesal. Rugi lagi ada kalau tak cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.