Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Masak Kurma Pekat Likat Dengan Bahan Rahsia. Rasa Lebih Terangkat!

0 3,585

Masakan kurma ni nampak istimewa dari lauk lain. Kuah mesti pekat likat barulah menangkap kalau makan dengan nasi. Bukan nasi putih je, makan dengan nasi berperisa seperti nasi minyak dan nasi briyani pun sedap. Resepi ayam masak kurma ni wajib anda cuba!

Resepi ni ialah turun temurun dari keluarga Umi Watie. Kuah kurma ni kalau plain je tak menjadi. Wajib pekat likat dan beraroma baru sedap dan berasa. Selalu orang tua-tua dulu pesan kalau buat masak kurma kena masak sampai terbit minyak.

Baru kuah betul-betul masak dan padu. Yang menariknya dalam resepi ni ada bahan rahsia untuk buat masakan kurma lebih sedap dan terangkat. Tak semua tahu tentang bahan rahsia ni.

Bahan rahsianya ialah daun ketumbar, daun bawang dan juga badam. Kisarkan ketiga-tiga bahan ni sehingga hancur dan masukkan dalam bahan tumisan.

Serius bau aroma akan terus naik wangi lain dari biasa. Rugi kalau tak cuba. Jom lihat perkongsian resepi dari abah Umi Watie ni.

 

RESEPI AYAM MASAK KURMA

Kalau nak masak kurma daging pun, boleh juga gunakan tips ni. Biasanya masakan kurma ni dicampurkan dengan ubi kentang sebagai bahan tambahan. Barulah sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ayam ½ ekor
Bahan tumis:
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 ½ paket kecil rempah kurma Mak Siti
  • 4 sekawan

Bahan rahsia:
  • Daun bawang
  • Daun ketumbar
  • Badam

Bahan lain:
  • Pes asam jawa
  • Ubi kentang (potong kecil-kecil)
  • Lobak merah (potong kecil-kecil)
  • Santan ¼ cawan
  • Cili hijau besar
  • Bawang merah sebiji (dibelah-belah)
  • Tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara masak kurma ayam:

▶️ Kisar bawang merah, bawang putih dan juga halia.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis 4 sekawan. Lepas tu masukkan bahan kisar tadi.

▶️ Kacau sebati, kemudian masukkan rempah kurma. Tumis sehingga naik bau dan garing.

▶️ Kemudian kisar 3 bahan rahsia tadi.

▶️ Masukkan dalam bahan tumisan dan kacau sebati sehingga pecah minyak. Masa ni dah naik bau aromanya yang mengancam!

▶️ Kemudian masukkan ayam dan kacau mesra.

▶️ Masukkan air.

▶️ Masukkan pula pes asam jawa. Cukup sekadar nak bagi masam-masam sikit kuah.

▶️ Lepas dah sebati kuahnya, masukkan kentang.

▶️ Nak penambahan sayur, boleh masukkan lobak merah. Tapi kalau tak nak pun tak apa.

▶️ Tuangkan santan ¼ cawan. Pakai santan kotak pun boleh.

▶️ Bila santan dan masak sekata dengan kuah, masukkan cili besar hijau yang dibelah dan dibuang bijinya untuk bagi bahang-bahang pedas sikit. Nanti kalau nak makan pedas, anda boleh gigit.

▶️ Masukkan juga tomato dan bawang besar yang dipotong kecil.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Adjust mana yang kurang.

▶️ Renehkan sekejap je lagi dan boleh padamkan api.

▶️ Hidangkan dengan nasi panas-panas.

 

BACA JUGA: Ayam Masak Sos Tiram Madu, Lebih Sedap Perap Dan Bakar Ayam Dulu. Serius Padu!

 

Fuhh, padu sangat rasanya. Kalau tak pedas masakan kurma ni, anda boleh hidangkan dengan sambal belacan yang terangkat.

Makan confirm berpeluh-peluh punyalah. Silap-silap suami makan bertambah 2-3 pinggan. Masakan kurma ni memang jarang dibuat pedas. Lain rasanya kalau kisar cili dan tumis sekali.

Sebab tu masukan cili yang dibelah je dalam kuah. Nanti boleh gigit masa makan untuk rasa pedas. Jangan lupa cuba resepi ayam masak kurma yang padu ni. Pasti suami dan anak-anak suka.

Leave A Reply

Your email address will not be published.