Nak buat ayam masak lemon ni sekejap je siap. Bahan semua mudah je. Kebanyakan yang memang sedia ada di dapur. Kadang-kadang muak dan dah tak tahu nak buat masakan apa ayam ni kan. Asyik menu yang sama je. Resepi ayam masak lemon Chinese style ni tak cepat muak.
Sebab rasa dia masam-masam manis. Anak-anak pun boleh makan sekali sebab tak pedas. Ramai sukakan masakan ayam yang garing-garing ni. Untuk resepi ni, yang buatkan sedapnya disebabkan ayam digoreng garing dulu.
Barulah lepas tu buat kuahnya yang pekat likat dan salutkan pada ayam. Mana tak menggila makan sebab kalau makan dengan nasi sedap, ratah macam tu je pun enak juga.
Resepi ayam masak lemon Chinese style ni dikongsikan oleh Ayusah Ibrahim. Cara masaknya ringkas je dan cepat untuk disediakan.
Masakan ni memang tak dibuat pedas. Jarang masakan Chinese ni pedas. Tapi kalau anda suka, boleh je racikkan sikit cili api. Ubahlah sikit-sikit ikut citarasa anda.
RESEPI AYAM MASAK LEMON CHINESE STYLE
Sebelum goreng ayam, perapkannya dulu dengan bahan perapan yang simple. Perap sekejap je pun dah memadai. Sebab nak bagi ayam tu berperisa sikit. Yang penting ialah cara gorengan dan kuahnya tu.
Bahan-bahan untuk perap ayam:
- 2 ketul isi ayam (400 gram)
- 1 sudu besar kicap manis
- Sedikit lada hitam
- ½ sudu kecil garam
- 1 biji telur
- 1 sudu besar tepung jagung
Bahan-bahan untuk bancuhan kuah:
- 2-3 sudu besar jus lemon
- Parutan kulit lemon
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar madu
- 1 sudu besar cuka makan (optional)
- 1 sudu besar tepung jagung
Bahan-bahan untuk salutan ayam:
- ½ cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung jagung
Bahan-bahan lain (untuk masakan kuah):
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit parutan halia
- Air secukupnya
- Bijan (untuk taburan/hiasan)
Cara buat ayam masak lemon Chinese style:
▶️ Mula-mula cuci bersih isi ayam dan hiris nipis.
▶️ Masukkan bahan perapan iaitu garam, kicap, serbuk lada hitam, telur dan tepung jagung.
▶️ Gaul sebati dan perap seketika.
▶️ Sambil tu sediakan adunan tepung gandum dan tepung jagung.
▶️ Lepas dah perap ayam, salutkan dalam adunan tepung.
▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam sehingga garing.
▶️ Dah garing, angkat dan toskan. Ketepikan.
Cara buat kuah lemon:
▶️ Parut kulit lemon yang bewarna kuning. Kemudian hiris nipis.
▶️ Lepas tu perah lemon.
▶️ Kemudian masukkan gula, hirisan kulit lemon, sedikit cuka, madu dan tepung jagung ke dalam jus lemon.
▶️ Kacau seketika.
▶️ Cincang kasar bawang putih dan parut sedikit halia.
▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan halia ni sehingga kekuningan.
▶️ Kemudian tu baru masukkan bancuhan kuah tadi.
▶️ Tambah sedikit air, garam dan gula. Kacau sebati.
▶️ Bila dah pekat mendidih, boleh padamkan api.
BACA JUGA: Resepi Ayam Goreng Seringgit. Rangup Dan Sedap Ala KFC. Puas Anak-Anak Makan.
▶️ Tuangkan kuah atas ayam yang telah digoreng tadi.
▶️ Akhir sekali taburkan bijan atau daun bawang sebagai hiasan.
Kalau hidangkan atas meja, memang confirm cepat habis ni. Berselera tengok dengan salutannya yang cantik kemerahan tu.
Makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Tapi kalau anda suka ayam yang masam-masam manis macam ni, ratah macam tu je pun enak. Alaa, macam makan spicy Korean chicken tu.
Resepi ayam masak lemon Chinese style ni serius boleh jadi salah satu menu masakan anda. Mesti suami dan anak-anak suka. Jangan lupa mencubanya!