Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Masak Madu Merah Menyala. Sedap Makan Dengan Nasi Putih Atau Nasi Berperisa.

0 2,721

Siapa kata ayam masak merah ala kenduri tu yang paling istimewa sekali untuk masakan ayam sambal? Anda belum cuba lagi resepi ayam masak madu yang super marvelous ni. Kalau makan sambalnya gaul dengan nasi memang padu rasanya.

Bila sesekali nak tukar selera tu kadang-kadang keliru resepi apa lagi nak buat untuk masakan ayam. Anak-anak pun dah muak. Ayam masak madu ni antara masakan yang anda boleh buat. Rasa dia pedas-pedas manis dan wangi yang cukup membuka selera. Anak-anak mesti suka!

Resepi ni dikongsikan oleh Hana A Razak. Mudah je bahannya. Yang buatkan bertambah sedap dengan aroma wangi tu disebabkan oleh daun pandan dan rempah sekawan yang ditumis bersama bawang.

Bukan semata sambal madu yang pedas manis je. Siap ada aromanya lagi. Memang kalau makan dengan nasi panas amat menyelerakan. Confirm anda makan sampai bertambah.

Ayam masak madu ni bukan je sedap makan dengan nasi putih, kalau hidangkannya dengan nasi berperisa seperti nasi tomato dan nasi minyak pun sedap juga.

 

RESEPI AYAM MASAK MADU

Apa yang menarik tentang ayam masak madu ni ialah hidangannya tu akan nampak cantik dengan warna sambal kemerahan dan berkilat bila dihidangkan. Sebab tu kalau nak buat hidangan istimewa untuk tetamu, ayam masak madu ni sesuai jadi salah satu lauk hidangan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ayam (digoreng separuh masak)
  • Daun pandan 1 helai
  • 3 sekawan
  • Kulit kayu manis 1 batang
  • Bawang kisar 2 sudu
  • Cili kisar 3 sudu
  • Sos tomato 1 sudu
  • Sos cili 1 sudu
  • Madu 1 sudu
  • Gula perang 1 sudu (terpulang nak masukkan atau tak)
  • Gula kabung 1 inci
  • Garam secukup rasa

Cara masak ayam masak madu:

▶️ Bersihkan ayam dan potong ikut suka. Lumurkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng separuh masak untuk lebih juicy.

▶️ Keluarkan sikit minyak dari gorengan ayam tadi. Kemudian masukkan bawang kisar, 3 sekawan, kulit kayu manis dan daun pandan.

▶️ Tumis sehingga garing dan naik bau wangi.

▶️ Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak.

▶️ Masukkan sos tomato 1 sudu untuk beri rasa masam. Kalau nak gantikan dengan air asam jawa pun boleh.

▶️ Kemudian masukkan pula sos cili 1 sudu. Gaul sebati.

▶️ Masukkan gula kabung sedikit.

▶️ Lepas tu masukkan sedikit garam. Jangan masukkan garam lebih sangat sebab sos tadi dah berasa. Ayam juga dah digorengkan dengan garam juga tadi.

▶️ Lepas tu masukkan sikit air. Dan gaulkan sebati.

▶️ Kemudian masukkan ayam yang dah digoreng separuh masak tadi.

▶️ Kacau sebati dan biarkan masak seketika.

▶️ Akhir sekali masukkan madu 1 sudu.

▶️ Sebabkan tak nak sambal pedas sangat, boleh seimbangkan rasa dengan gula perang. Tapi kalau tak nak masukkan pun tak apa. Sebab tadi dah masukkan gula kabung.

▶️ Dah siap. Sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Planta Dan Ayam Masak Merah Sedap Macam Kenduri. Tak Cukup Sepinggan.

 

Sebelum padamkan api tu, boleh masak dan kacaukan lagi kuah sambal supaya kering sedikit. Lagi sedap bila sambal penuh selupat.

Itu yang buatkan bertambah sedap kalau digaulkan dengan nasi. Bila makan lauk ayam madu ni, tak perlu ada lauk lain lagi dah. Satu lauk ni je pun dah cukup membangkitkan selera.

Paling tidak pun anda boleh makan dengan ulaman seperti timun atau acar. Lepas ni bolehlah baut resepi ayam madu merah menyala ni untuk hidangan istimewa sekeluarga.

Leave A Reply

Your email address will not be published.