Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Masak Oren Chinese Style. Campur Je Oren Sunquick, Terus Naik Aromanya!

0 888

Eh, seriuslah oren sunquick boleh buat bahan perisa masak ayam? Selain buat minuman, ingatkan paling tidak pun buat perisa kek je sedap. Rupanya sedap juga resepi ayam masak oren sunquick Chinese style ni. Anda yang belum pernah cuba, wajib try masak di rumah!

Confirm makan nasi bertambah-tambah nanti. Resepi yang dikongsikan oleh Maryam Hussain ni ala masakan cina. Masak tak menggunakan banyak minyak dan tak ada masukkan gula pun. Lebih kepada sos, kicap dan perasa lada sulah.

Bila campurkan je oren sunquick, bau aroma masakan naik wangi lain macam. Makan dengan nasi panas serius sedap. Ayam masak oren ni tak berkuah dan memang tak dimasukkan air pun. Cukup sekadar bahan sos. Tapi kalau anda suka ada kuah, boleh je masukkan air ikut citarasa sendiri.

Apa yang buatkan sedap ialah ayamnya digoreng salut tepung dulu garing-garing, lepas tu baru gaulkan sebati dalam ramuan sos tadi. Memang kombinasi terbaik yang menaikkan lagi selera.

Apa lagi, jom masak untuk keluarga. Sesekali tukar menu dari masakan biasa je sebelum ni. Caranya macam masam ayam sos juga. Cuma tambah bahan sikit je.

 

RESEPI AYAM MASAK OREN CHINESE STYLE

Masakan ni bukan jenis pedas. Cuma sos cili itu je lah yang ada rasa pedas sikit, tapi tak seberapa. Bolehlah kalau nak hidangkan untuk anak-anak sekali.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 6 ketul ayam
  • 1 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu oren sunquick
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos ikan
  • Sedikit tepung jagung

Cara buat ayam masak oren Chinese style:

▶️ Mula-mula cuci bersih ayam.

▶️ Kemudian salutkan dengan oren sunquick.

▶️ Campurkan dengan garam dan lada sulah sekali.

▶️ Gaulkannya sebati dan perap sekejap.

▶️ Lepas dah perap, sedia untuk digoreng.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Salutkan ayam pada tepung jagung dan goreng sehingga garing dan keemasan.

▶️ Dah garing, angkat dan toskan ketepi.

▶️ Panaskan 1 sudu minyak dalam kuali.

▶️ Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.

▶️ Masukkan oren sunquick.

▶️ Masukkan juga sos cili, sos tiram dan sos ikan. Gaul sehingga sebati.

▶️ Masukkan lada sulah.

▶️ Kacau lagi dan biarkan mendidih.

▶️ Kemudian baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

▶️ Gaulkan sehingga kuah melekat pada ayam sepenuhnya.

 

BACA JUGA: Ayam Masak Sos Tiram Madu. Lebih Sedap Perap Dan Bakar Ayam Dulu. Serius Padu!

 

▶️ Dah siap, boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidang.

Kalau hidangkan lauk macam ni memang laju je licin. Sekali makan, dikautkan sekali kuah sos dengan ayam goreng rangup tu. Memang tak tinggal sisalah jawabnya.

Mak-mak yang selalu pening kepala nak masak menu apa yang berbeza untuk anak-anak dan suami, bolehlah buat resepi ni. Tak ada lah muak makan menu yang sama je kan.

Lagipun lauk ni nampak istimewa. Nanti mak mertua datang atau pun tetamu, bolehlah buat resepi ayam masak oren sunquick Chinese style ni. Pasti mereka suka.

Leave A Reply

Your email address will not be published.