Warning: fopen(/tmp/754a01d058ea0f5e6dcd1309279c7f90-tJpOjY.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/754a01d058ea0f5e6dcd1309279c7f90-tJpOjY.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Masak Rose Sedap Dan Pedas Kering. Lagi Enak Dari Ayam Masak Merah!

0 1,807

Resepi masakan ayam ni, apa-apa hidangan pun buatkan kita berselera. Lagi-lagi hidangannya warna kemerah-merahan dan penuh dengan selupat sambal. Pernah tak anda masak resepi ayam masak rose sedap dan pedas kering ni? Kalau sekali cuba pasti jatuh hati.

Resepi ayam masak rose ni terkenal kat sesetengah tempat je terutama belah utara. Selalu dihidang waktu kenduri. Sekali pandang macam ayam masak merah. Tapi sebenarnya berbeza. Ayam masak rose ni ada campuran serai, daun kari malah serbuk kari juga yang ditumis bersama dengan cili kisar untuk beri aroma yang lazat dalam masakan.

Bukan tu je, rasanya nanti pun ada masam-masam pedas sebab dimasukkan juga sos tomato. Bila dimasak kering penuh selupat, itu yang buatkannya sedap bila digaulkan dengan nasi. Resepi ayam masak rose ni kalau dilihat, ada pelbagai cara orang masak. Ada yang gunakan cili besar merah untuk bahan pedasnya. Dan ada juga gunakan cili kering kisar.

Selain tu, ada resepi yang masukkan rempah herba sebagai bahan yang memberikan aroma yang wangi. Namun ada yang sekadar masukkan daun kari dan serai. Lain orang lain air tangannya. Semuanya bergantung pada selera masing-masing.

Namun untuk perkongsian resepi ayam masak rose sedap dari Tengku RoseElyza Raja Muhammad ni, bahan-bahan dan cara masaknya simple je. Cukup rasa masam, manis dan pedas yang membangkitkan selera. Jom lihat resepi beliau.

 

RESEPI AYAM MASAK ROSE

Untuk hidangan ayam yang berkaitan dengan sambal dan cili ni, ayamnya lebih sedap kalau digoreng separuh masak dahulu. Tak perlu goreng terlalu garing. Sebab bila dimasukkan nanti dalam masakan sambalnya, ayam akan lebih juicy dan lembut bila dimakan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Daun kari
  • Serai
  • Cili kisar
  • Serbuk kari
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kerisik
  • Gula nise
  • Tomato dibelah 4
  • Cili besar merah
  • Garam secukupnya
  • Ayam

Untuk semua bahan-bahan ni, boleh agak-agak sukatannya bergantung pada berapa banyak kuah sambal yang ingin dimasak ikut kuantiti ayam anda.

Cara masak ayam masak rose:

▶️ Sebelum masak kuah sambalnya, gorengkan ayam dulu. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam sedikit, dan goreng ¾ masak (goreng juicy). Kemudian angkat dan ketepikan.

▶️ Selepas tu kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus. Ketepikan juga.

▶️ Kemudian panaskan minyak sedikit di dalam kuali.

▶️ Masukkan serai yang dah dititik bersama daun kari. Dan tumis sehingga naik bau.

▶️ Kemudian masukkan bahan yang dah dikisar tadi dan tumis sehingga garing.

▶️ Selepas bahan tumis dah kekuningan, masukkan cili kisar dan serbuk kari. Kacau sehingga sebati.

▶️ Masukkan sikit-sikit air ke dalam tumisan untuk elakkan terlalu kering dan hangit. Kemudian tumis sehingga terbit minyak.

▶️ Seterusnya masukkan sos tomato dan sos tiram.

▶️ Boleh agak-agak kuantitinya.

▶️ Kemudian masukkan kerisik sedikit dan gula nise. Kacau sehingga sebati.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Paprik. Ayam Bersalut Dengan Sos Pedas Manis. Makan Sampai Menjilat Jari!

 

▶️ Dan akhir sekali masukkan ayam yang dah digoreng tadi, bersama dengan tomato dan cili besar merah.

▶️ Jangan lupa perasakan dengan garam secukup rasa.

▶️ Biarkan kuah sedikit pekat, dan boleh padamkan api.

Hidangkan dengan nasi panas untuk hidangan sekeluarga. Lihat je pun lauk ni dan cukup membangkitkan selera. Apatah lagi bila dah rasa.

Resepi ayam masak rose ni kalau tengok bahan je kita tahu masakan ni sedap, pedas dan wangi. Lepas ni kalau nak tunjuk power memasak kat suami dan mak bapa mertua, bolehlah cuba masak resepi ni. Pasti mereka memujinya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.