pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Ungkep. Masakan Jawa Sedap Dan Mudah. First Time Buat Pun Confirm Jadi.

0 5,011

Pada yang gemar masakan jawa mesti pernah makan ayam ungkep ni kan sebab masakan ni memang terkenal dalam kalangan orang Jawa. Kalau sekali pandang macam rendang. Sebenarnya lebih kurang sama je, cuma resepi ayam ungkep ni tak menggunakan santan.

Kuahnya yang jenis selupat atau ecak tak berapa kering dan tak terlalu basah yang membuatkan masakan ungkep ni sedap. Macam rendang juga. Sedap dimakan dengan pulut kuning, lemang, nasi impit, nasi berperisa, malahan makan dengan nasi putih juga.

Masakan ni gunakan cili api macam style rendang Negeri Sembilan. Kalau dapat makan pedas-pedas lagi bertambah padu. Sekali tengok je memang dah kecur air liur. Yang lagi sedapnya ada bahan-bahan rempah juga macam style rendang Perak pula.

Memang menyelerakan kalau tengok senarai bahan yang digunakan untuk masakan ungkep ni. Sesekali kalau nak cuba kelainan untuk masakan rendang masa raya nanti, try gantikan dengan ayam masak ungkep ni pula.

Resepi ni dikongsikan oleh Dapur Mak Rerama. Cantik kuah ecak dalam masakan ayam ungkepnya. Penyediaan bahan untuk resepi ni pun sebenarnya ringkas je. Rugi kalau tak cuba.

 

RESEPI AYAM UNGKEP

Senang je nak masak ayam ungkep ni. Hampir kesemua bahan hanya kisar sahaja lepas tu tumis sehingga masak. Rasanya cukup enak dan beraroma sebab segala rempah dan juga serai dikisar sekali.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ayam 8 ketul
  • Bawang merah 8 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Halia 2 inci
  • Cili api hijau 10 biji
  • Kunyit hidup 2 inci
  • Jintan manis 1 sudu besar
  • Ketumbar 1 sudu besar
  • Serai 2 batang
  • Gula melaka 1 sudu besar
  • Asam keping 1 keping
  • Serbuk kunyit sedikit
  • Garam secukup rasa

Cara masak ayam ungkep:

▶️ Mula-mula kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili api hijau, kunyit hidup, jintan manis, ketumbar dan serai yang dipotong kecil-kecil.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan bahan dikisar tadi.

▶️ Tumis sampai garing.

▶️ Kemudian lumurkan ayam dengan sedikit kunyit serbuk.

▶️ Dan masukkan ayam ke dalam kuali. Kacau hingga sekata.

▶️ Masukkan asam keping. Dan biarkan kuah mendidih sehingga ayam masak.

▶️ Boleh tutup kuali untuk empukkan ayam tu.

▶️ Dan akhir sekali perasakan dengan garam dan gula melaka.

 

BACA JUGA: Resepi Rendang Daging Rempah Hitam Sedap Dan Padu! Rahsia Rempahnya Yang Sedap Dan Berlemak!

 

▶️ Selepas kuah dah kering, boleh tutup api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

Sedapnya kalau makan dengan nasi putih panas. Ayam ungkep ni memang sesuai nak jadikan lauk harian yang simple tapi sedap. Nak masaknya mudah dan cepat. Kalau dapat masak kuah ecak dia pekat dan pedas, lagi berselera.

Lepas tu makan dengan ulaman atau timun. Itu pun dah memadai. Confirm suami dan anak suka. Lepas ni bolehlah masak ayam ungkep ni untuk hidangan sekeluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.