Tengok orang buat masakan ni pun dah buat kita terliur kan? Inikan pula kalau dapat masak sendiri. Dari yang tak berapa makan sayur pun, terus ceduk juga lauk baby kailan ni ke dalam pinggan bila ada depan mata. Resepi baby kailan goreng ni dimasak dengan bawang putih dan udang.
Bukan main sedap aroma tumisan bawang putih ni. Bahan sosnya pun bukan biasa-biasa. Ada beberapa jenis sos dimasukkan yang buatkan masakan ni cukup berasa. Bila disebatikan, masakan sayur ni nanti akan berkuah yang kelihatan pekat dan likat.
Dalam resepi baby kailan goreng ni, bukan je baby kailan semata-mata, boleh juga masukkan sayuran lain seperti lobak merah dan juga cili merah sebagai penambah rasa dan pedas.
Kalau makan ratah macam tu je tanpa nasi pun cukup sedap. Nasi tak ada masih boleh lagi hirup kuahnya tanpa rasa muak. Ada sesetengah orang mungkin fikir rasa baby kailan dalam masakan ni rasa pahit.
Namun tak perlu risau. Dalam resepi yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah ni, rasa kailannya tak pahit pun, malah rasa manis-manis masin yang sedap. Jom lihat resepinya.
RESEPI BABY KAILAN GORENG BAWANG PUTIH DAN UDANG
Bila diperhatikan masakan ni, ianya ala-ala resepi masakan Thai sebab gunakan sos ikan dan menggunakan bawang putih yang banyak. Bila adanya bahan-bahan ni, dah boleh agak rasanya sedap dan menyelerakan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Baby kailan 4-5 pokok yang dicuci bersih
- Lobak merah ½ biji yang dipotong
- Bawang putih 6 ulas dicincang
- Bawang besar ¼ biji dihiris
- Udang 13-15 ekor saiz sederhana
- Cili merah 1 batang dipotong
- Minyak masak untuk menumis
Bahan-bahan sos:
- Sos tiram 1 sudu besar
- Light soy sos 1 sudu besar
- Sos ikan 1 sudu besar
- Gula pasir 1 sudu besar
- Serbuk perasa 1 sudu kecil
*Kesemua bahan sos ni dicampurkan dalam 1 mangkuk.
Cara masak baby kailan goreng bersama bawang putih dan udang:
▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga warna keperangan. Asingkan ketepi.
▶️ Kemudian tumiskan bawang merah pula bersama dengan udang. Masakkan kedua-duanya sejejap.
▶️ Selepas tu masukkan baby kailan, lobak merah, cili merah dan campuran bahan sos tadi.
▶️ Kacau sehingga sebati dan biarkan sayur layu dan lobak merah lembut sedikit. Tak perlu lama sangat sebab lobak merah lagi sedap kalau ada rasa crunchy sikit.
▶️ Dah masak tu, boleh padamkan api.
▶️ Angkat ke dalam pinggan dan taburkan bawang putih yang ditumis tadi.
▶️ Sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Paprik. Ayam Bersalut Dengan Sos Pedas Manis. Makan Sampai Menjilat Jari!
Sekejap je masak sayuran ni rupanya. Tak sampai 15 minit pun dah siap. Sebab sayuran dan udang ni sebenarnya benda yang tak perlu dimasak lama-lama pun. Itu yang buatkan sedap.
Kalau ibu-ibu nak sediakan masakan sayuran yang cepat dan sedap untuk keluarga, bolehlah buat resepi baby kailan goreng bawang putih dan udang ni. Pasti mereka menyukainya. Selamat mencuba!