Segalanya Tentang Makan..

Resepi Daging Black Pepper Sedap Dan Power. Rasa Pedas Bahang Tu Yang Membangkitkan Selera!

0 1,439

Bila nak masuk tengah hari je mulalah pening fikir nak masak lauk apa kan. Kalau dalam peti ais tu ada daging, apa kata jom buat resepi daging black pepper sedap, pedas bahang dan membangkitkan selera ni. Daging ni kalau buat masak black pepper memang lain macam sedapnya!

Dengan rasa daging yang empuk dan kuah ecak black pepper bahang dan berapi. Kalau dapat makan lauk ni dengan nasi panas, mahu makan nasi bertambah-tambah. Masakan yang ada lada hitam ni sebenarnya antara masakan yang ada aroma tersendiri yang selalu menaikkan selera bila makan.

Lagi-lagi kalau dagingnya tu diperap dulu sekejap dengan segala bahan. Bila goreng je, terasa semua bahan dah meresap dan sebati dalam daging. Itu yang buatkan lauk tu lebih enak dan cukup berasa. Kalau anda nak cuba, boleh ikut resepi yang ada dikongsikan di page Lubuk Resepi Viral ni.

Bila nak masak menu ringkas tapi sedap, contohnya untuk makan malam ke atau nak buat masa bulan puasa nanti, sesuai masak resepi daging black pepper ni sebab cepat penyediannya. Cuma mungkin ambil masa sikit untuk mereneh daging sehingga empuk.

Nak masaknya pun senang je sebab bahan-bahan yang diperlukan sangat simple. Tapi rasa dah cukup terbaik dan berbaloi. Berselera macam kita makan daging black pepper di kedai tu.

 

RESEPI DAGING BLACK PEPPER

Daging black pepper ni sedap makan kalau daging dipotong nipis-nipis. Lagipun lebih mudah untuk lembutkannya bila dimasak. Nak rasa lebih sedap lagi, boleh digaulkan dulu kesemua bahan tanpa ada terkecuali.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan perap/gaul:

  • Daging ½ kilo yang dipotong nipis-nipis
  • Sos black pepper 3 sudu besar
  • Pes bawang besar dan bawang putih yang dah siap diblend dalam 2 sudu besar
  • Serbuk black pepper 2 sudu kecil
  • Garam secukup rasa
  • Gula 1 sudu kecil
  • Serbuk kunyit 1 sudu kecil

Bahan lain:
  • Bawang besar yang dihiris
  • Halia siap dimayang
  • Cili padi

 

Cara masak daging black pepper:

▶️ Masukkan kesemua bahan perap iaitu daging, sos black pepper, pes bawang besar dan bawang putih, serbuk black pepper, garam, gula dan serbuk kunyit sedikit dalam 1 mangkuk atau besen.

▶️ Kemudian gaulkan kesemua bahan sehingga sebati. Biarkan sekejap.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Selepas minyak dah panas, masukkan daging perapan tadi dan tumiskan sekali bahan-bahannya.

▶️ Masukkan air paras sehingga daging tenggelam.

▶️ Kemudian tutupkan kuali dengan tudung periuk untuk renehkan daging sampai empuk.

 

BACA JUGA: Resepi Terung Berlada Ala Thai. Sedap Dan Padu Dimakan Dengan Nasi! Wajib Cuba!

 

▶️ Setelah daging dah empuk dan kering pekat kuahnya, masukkan bawang besar, halia dan cili padi. Gaul sebati. Cili padi tu kalau nak potong-potong pun boleh juga.

▶️ Biarkan sekejap. Dan setelah bawang dah layu dan sebati rasa dia, boleh tutup api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

Berseleranya tengok hidangan daging black pepper ni. Kalau dapat buat rencah black pepper tu lebih berselupat, lagilah sedap dan menyengat. Kalau makan kat restoran, mau harganya lebih RM10 untuk sepiring hidangan daging black pepper ni.

Bila buat sendiri, lagi puas hati dengan isi daging yang banyak dan dapat jamah beramai-ramai bersama keluarga. Nak menyediakannya pun mudah je. Lepas ni bolehlah cuba resepi daging black pepper sedap dan pedas mengancam ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.