Masakan goreng kunyit ni, masak dengan apa sahaja memang sedap. Selalunya ayam goreng kunyitlah yang paling famous sekali. Tapi bagi penggemar daging, kalau anda cuba resepi daging goreng kunyit sedap basah-basah lembab ni, pasti terkesima punya dengan kesedapannya.
Air dari lemak-lemak daging tu bila sebati dengan bahan tumis memang cukup sedap. Syaratnya, proses rebus daging anda perlulah selari dengan proses masak goreng kunyit. Jangan rebus dan masaknya asing-asing.
Bahan-bahannya sangat simple. Hanya gunakan 5 bahan je yang biasa kita masak di dapur. Yang buatkan sedapnya ialah cara masak daging ni yang direnehkan bersama bahan-bahan lain.
Kemudian dimasak pula basah-basah lembab sedikit. Kalau makan dengan nasi panas-panas, memang menyelerakan. Tak pandang lauk lain lagi dah kalau ada lauk daging goreng kunyit ni.
Resepi ni dikongsikan oleh Dani J Tang. Dalam resepi ni dagingnya dimasak lembut tanpa garing pada permukaannya, sebab baginya lagi sedap daging sebegitu bila makan dengan nasi. Jom lihat resepinya.
RESEPI DAGING GORENG KUNYIT SEDAP
Nak lagi sedap hidangan daging goreng kunyit ni, masukkanlah sayuran seperti kacang panjang dan juga bawang hollad di akhir-akhir masakan. Sedap bila ada rasa crunchy sayuran ni dimakan sekali dengan daging.
Bahan-bahannya:
- Daging yang siap dihiris
- Sos tiram
- Serbuk kunyit
- Kacang panjang hiris
- Bawang holland hiris
- Cili dihiris
- Garam dan gula jika perlu
Cara masak daging goreng kunyit:
▶️ Mula-mula masukkan daging ke dalam kuali dan hidupkan api. Biarkan sekejap sampai air daging keluar.
▶️ Kemudian masukkan sos tiram dan juga serbuk kunyit.
▶️ Masakkan daging ni sehingga empuk. Kalau perlu, boleh tambahkan air sikit.
▶️ Dalam pada tu, kacaukan daging dan bahan-bahan lain sehingga sebati dan sekata.
▶️ Bila daging dah lembut, dan airnya pun dah kering-kering sikit, anda akan nampak terbit minyak dari lemak-lemak daging tu.
▶️ Waktu ni daging pun dah sebati sepenuhnya dengan sos tiram dan serbuk kunyit tadi.
▶️ Sebelum masukkan kacang panjang dan bawang, anda boleh masukkan sedikit minyak jika anda nak daging tu ada garing-garing sikit.
▶️ Tapi mengikut resepi ni, tak ada masukkan minyak sebab nak kan daging yang lembut biasa je. Ikutlah citarasa masing-masing.
▶️ Lepas tu masukkan kacang panjang dan bawang, dan gaul sebati.
▶️ Bila bawang dah layu, bolehlah masukkan cili.
▶️ Boleh masukkan garam dan gula jika mahu. Kalau gunakan sos tiram, sebenarnya masakan ni dah ada rasa masin.
▶️ Namun, ikutlah kalau anda rasa tak cukup masin. Jadi boleh tambah ikut citarasa sendiri.
▶️ Dah siap, boleh padamkan api.
▶️ Hidangkan bersama nasi panas!
BACA JUGA: Daging Pad Kra Pao Atau Daging Cincang Pedas. Resepi Thai Yang Sedap Tiada Tandingan!
Nampak sedap dan menyelerakan kan daging goreng kunyit ni? Masakannya yang basah-basah lembab tu datangnya dari minyak daging yang dah sebati dengan rencah sos tiram dan kunyit.
Jadi berasa sedaplah manis-manis daging tu. Sangat enak kalau gaulkan dengan nasi. Lepas ni boleh buat resepi daging goreng kunyit ni sebagai menu simple tapi special untuk keluarga. Selamat mencuba!