Kalau sebut je apa-apa masakan daging, mesti teringat daging masak merah atau daging masak kicap kan. Dua ni antara yang paling digemari. Tapi untuk kali ni saya nak kongsikan resepi daging masak kicap yang simple dan mudah untuk hidangan makan tengah hari atau malam.
Kadang-kadang tu bila nak masuk tengari hari je mulalah pening fikirkan lauk apa nak dimasak untuk keluarga. Apa kata masak je resepi daging masak kicap yang dikongsikan di page Kicap Jalen ni. Sangat mudah dan ringkas cara penyediaannya.
Janji terasa nikmat bila makan dengan nasi putih. Resepi daging masak kicap ni ada rasa manis dan pedas. Lagi nikmat kalau dimasak banyak kuah ecaknya. Kalau digaulkan dengan nasi panas tu, memang menangkap selera.
Bahan-bahannya tak banyak pun diperlukan. Cuma masaknya mungkin makan masa sikit sebab daging perlu dimasak sehingga empuk. Apa yang menariknya resepi ni, daging tu digoreng dulu sehingga garing, barulah dimasak dengan bahan lain.
Kalau dapat buat daging masak kicap pekat-pekat, lagilah sedap dan berselera. Rata-rata penggemar daging masak kicap ni memang suka kalau ecak kuah hitamnya banyak dan pekat.
RESEPI DAGING MASAK KICAP
Daging masak kicap ni sedap kalau makan dengan nasi putih panas-panas. Ada juga yang suka makan dengan nasi goreng dan nasi berperisa sama seperti daging masak merah. Kalau dapat buat pedas-pedas, lagi mengancam!
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Daging ½ kilo yang dipotong, dibersihkan dan digaulkan dengan kunyit dan garam sedikit
- Bawang besar 2 biji dihiris
- Bawang putih 2 ulas dihiris nipis
- Cili besar hijau 2 biji yang dipotong serong
- Cili besar merah 2 biji yang juga dipotong serong
- Sos tiram Jalen 1 sudu besar
- Kicap pekat Jalen 3 sudu besar
- Lada sulah sedikit
Cara buat daging masak kicap:
▶️ Mula-mula panaskan kuali, dan masukkan daging yang dah siap digaul kunyit dan garam tadi.
▶️ Biarkan sehingga kering air daging.
▶️ Bila air daging dah kering, masukkan minyak dan goreng daging sehingga garing dan warna bertukar keperangan.
▶️ Kemudian masukkan sos tiram Jalen dan lada sulah. Gaul sehingga sebati.
▶️ Seterusnya masukkan bawang dan cili yang dihiris dan dipotong tadi. Gaul sekata.
▶️ Dan akhir sekali masukkan kicap pekat Jalen dan kacau sehingga kicap sebati sepenuhnya. Biarkan seketika.
▶️ Dah masak, bolehlah taburkan bawang besar yang dipotong bulat atau nak letak daun bawang pun boleh juga.
▶️ Sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Resepi Sambal Ketam Sedap Dimasak Dengan Telur Pecah. Padu Habis. Wajib Cuba!
Menu ringkas ni kadang-kadang lebih berselera kalau dapat makan berbanding masakan yang penuh bahan atau perasa.
Resepi daging masak kicap ni, kenikmatannya tu terasa bila daging tu dimasak sebati dengan kuah kicapnya. Selupat kicap tu yang membuatkan sedap sangat bila dimakan bersama daging.
Sebab tu kadang-kadang kalau dapat makan lauk daging kicap ni je dah cukup sedap tanpa ada lauk lain. Siap boleh makan sampai bertambah-tambah. Nanti bolehlah anda mencubanya!