Segalanya Tentang Makan..

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai. Kuahnya Padu Dan Sedap Sampai Menjilat Jari!

0 1,101

Rindu tak nak rasa makanan kat restoran Thai musim-musim Pkp ni? Kalau mengidam nak makan menu Thai, apa kata jom masak resepi daging masak merah ala Thai ni! Masakan daging ni dah memang sedap. Dibuat pula lauk masak merah Thai. Fuhh, kalau dapat makan tak tengok kiri kanan dah.

Menariknya menu ni sebab ada rasa yang enak disebabkan kombinasi bahan utama sos ikan dan air rebusan daging. Kalau tengok senarai bahan tak ada lah banyak mana dan simple je. Tapi gabungan bahan-bahan ni menjadikan kuahnya padu!

Resepi ni dikongsikan oleh Maryam Hussain yang pasti buat anda terliur bila tengok hasil masakannya. Dagingnya cantik dimasak, dan nampak sebati dengan kuahnya yang pekat dan menyelerakan.

Resepi ni hanya masukkan sayuran tambahan lobak merah dan tomato. Dua sayuran ni sahaja pun dah berpadanan dalam masakan sebab rasa daging dan kuahnya pun dan cukup memuaskan selera.

Step masakan pun sangat simple dan mudah diikuti walau bagi yang baru nak belajar memasak. Bagi yang kali pertama nak cuba masakan Thai untuk dihidangkan buat keluarga, boleh cuba resepi ni.

 

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Masak lauk ni sebenarnya cepat je siap. Tapi kalau masak makanan melibatkan daging, perlukan masa sikit untuk merebus daging sehingga empuk. Bagi daging masak merah, ianya perlu direbus dengan pewarna merah.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Daging
  • Sedikit pewarna merah
  • Bawang putih 2 ulas yang diketuk atau dikisar
  • Cili padi atau cili besar 3 biji yang dipotong
  • Cili kisar 1 sudu
  • Sos cili 1 sudu
  • Sos tomato ½ sudu
  • Sos ikan 1 sudu
  • Sos tiram 1 sudu
  • Saderi 1 batang
  • Daun sup dan daun ketumbar
  • Daun limau purut
  • Air rebusan daging
  • Lobak merah
  • Tomato
  • Bawang holland
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara masak daging masak merah ala Thai:

▶️ Mula-mula perlu rebuskan daging dulu dengan sedikit pewarna merah. Selepas dah empuk daging, boleh angkat dan toskan.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng daging yang dah direbus tadi. Selepas tu angkat dan toskan minyak. Ketepikan.

▶️ Dengan minyak yang sama, tumis bawang putih dan cili kisar.

▶️ Seterusnya masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan sos ikan. Tumis sehingga pecah minyak.

▶️ Kemudian masukkan daging yang dah digoreng tadi dan air rebusan daging sekali. Kacau sehingga sebati.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Boleh rasa kuahnya. Kalau ada kurang, adjust pada sos dan air.

▶️ Akhir sekali masukkan saderi, cili merah, daun sup, ketumbar, lobak merah, tomato dan bawang holland. Gaul sekata.

▶️ Dah siap boleh padamkan api. Sedia untuk dihidangkan!

 

Lobak merah ni tak apa dimasukkan waktu akhir sebab bila tak terlampau masak, rasanya lebih sedap dan cruncy. Namun terpulang pada selera masing-masing. Kalau suka lobak merah yang lembut, boleh masukkannya lebih awal.

 

BACA JUGA: Cara Buat Mee Sizzling Sama Macam Kedai. Sedap Dan Padu Kuah Dia!

 

Nak dapatkan kuah yang pekat dan berselera macam ni perlu kaya dengan sos. Lagipun dengan sos inilah yang melengkapkan rasa manis, masam dan masin. Bila kuah sedap, makan dengan nasi putih panas-panas memang cukup menyelerakan.

Pada yang nak mencuba resepi daging masak merah ala Thai, bolehlah ikut resepi ni. Dapat menambat hati keluarga dengan lauk yang sedap dan simple sahaja. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.