Segalanya Tentang Makan..

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai. Cantik Kuahnya Macam Kedai Thai. Confirm Repeat!

0 116

Dapat makan daging masak merah ala Thai memang sedap bila makan dengan nasi putih panas-panas. Kat kedai Thai, inilah salah satu menu orang suka. Tak sah kalau tak order. Kuahnya sedap. Daging pun dipotong nipis-nipis dan sedap makan lembut-lembut gitu.

Tengok pun tergoda daging masak merah Thai yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira ni. Dagingnya cantik, kuah pun elok pekat berkilat. Rugi kalau tak cuba. Nak masak masakan Thai ni memang tak sama macam masakan melayu kita.

Bahan sosnya pun dah banyak. Cukup rasa masam, masin, manis dan pedas. Walaupun sos banyak tapi resepi ni antara yang ringkas dan tak banyak pun bahan yang diperlukan.

Campak-campak je dah siap. Cuma daging tu je lah kena rebus sampai empuk dulu, lepas tu hiris. Barulah lepas tu masak kuahnya.

Biasanya kalau masak daging macam ni, tak kiralah masak merah ke, masak hitam ke, daging mesti dipotong nipis-nipis. Hidangannya cantik. Kuah pun mudah sebati dalam daging. Itu yang buatkan sedap.

 

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Biasanya masak merah ni daging tu mesti dibuat warna merah sekali sama dengan warna kuah. Kebanyakan orang letak pewarna merah. Kalau ada sos bawang warna merah boleh guna yang itu. Masukkan dalam air sebusan sekali. Barulah cantik warna daging nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan daging:
  • Daging secukupnya
  • Sos bawang warna merah atau pewarna merah
Bahan kuah:
  • 1 biii bawang besar  (dihiris tebal)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 4 sudu besar cili boh
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos bawang warna merah (kalau tak ada guna beberapa titik pewarna merah)
  • 1 sudu penuh tepung jagung (bancuh dengan sikit air)
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Boleh tambah apa-apa sayuran kegemeran
Cara buat daging masak merah Thai:

▶️ Cuci bersih daging kemudian rebus dengan sos bawang merah atau pewarna merah.

▶️ Rebus biasanya dalam 30-35 minit atau sampai daging empuk. Kalau air kering boleh tambah.

▶️ Lepas tu sejukkan dan hiris nipis-nipis.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih.

▶️ Dah naik wangi, masukkan daging yang dah dihiris tadi.

▶️ Tumis lagi sampai garing.

▶️ Kemudian masukkan bawang besar, cili boh dan semua jenis sos. Kacau sebati.

▶️ Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Sebaiknya rasa dulu kuah kalau-kalau dah cukup masam, manis dan masinnya.

▶️ Lepas tu masukkan air bancuhan tepung jagung dan air bergantung pada kuah anda nak banyak mana.

▶️ Masukkan sayur yang disukai juga.

▶️ Kacau sekata, dah siap.

 

BACA JUGA: Resepi Gulai Daging Kawah Terengganu. Lagi Lama Reneh Lagi Padu Rasanya.

 

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

Daging masak merah ni bukan je sedap makan dengan nasi putih je. Nasi goreng pun sedap. Kat kedai thai pun selalu ada menu nasi goreng daging masak merah. Hidangkan sekali dengan telur mata. Special betul nampaknya.

Sayuran tu terpulang pada anda nak masukkan apa untuk penambahan bahan. Contohnya kobis, kacang panjang, lobak merah dan sebagainya.

Nak tambah hiasan bawang besar atau holland dipotong bulat pun boleh. Nampak lebih berseri. Nanti bolehlah cuba resepi daging masak merah ala Thai ni. Mesti makan bertambah-tambah punya. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.