Ya ampun. Sedapnya daging dimasak pekasam. Selalunya makan pekasam dengan ikan gelama je, atau apa-apa ikan air tawar. Kali ni terjumpa pula resepi daging pekasam simple dan sedap ni. Dah lah daging ni memang favorite dari dulu lagi.
Masak pekasam ni memang sedap dan unik rasa dia. Gabungan rasa masam dan masin, dan dimasak berminyak dengan tumisan bawang dan cili padi. Fuhh, kalau gaul dengan nasi panas, memang tak pandang kiri kanan dah. Kalau makan pekasam ni, tak perlu dah campurkan dengan lauk lain.
Bila diteliti resepi daging pekasam yang dikongsikan oleh Sha Syed Abdu Rahman ni, penyediaannya agak berbeza berbanding resepi ikan pekasam. Selalunya kalau makan ikan pekasam yang siap dijual tu, ada rasa rangup-rangup dengan sejenis serbuk halus.
Sebenarnya itu ialah beras yang dikisar halus. Proses nak buatnya agak panjang dengan perapan garam dan beras, dan selepas itu baru digoreng. Namun untuk resepi daging pekasam ni, tiada dicampurkan beras kisar, dan cara buatnya pun simple je.
Hanya 4 bahan sahaja yang digunakan. Dan proses masak hanya merebus daging dah tumis dengan bawang dan cili padi. Walaupun ringkas, masih menangkap selera. Kalau nak makan juadah yang simple, sesuai buat hidangan daging pekasam ni.
RESEPI DAGING PEKASAM
Daging ni seeloknya dipotong halus-halus atau nipis baru sedap untuk dijamah. Lagi pun mudah untuk dimasak empuk.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Daging dihiris halus
- Bawang besar merah
- Bawang putih
- Cili padi
Cara masak daging pekasam:
▶️ Mula-mula hiris nipis daging, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Ketepikan.
▶️ Masukkan air ke dalam kuali, kemudian nyalakan api.
▶️ Kemudian masukkan daging ke dalamnya. Biarkan daging merebus sehingga air kering sambil kacau-kacaunya.
▶️ Bila air dah kering, masukkan minyak masak ke dalam daging. Biarkan sehingga berdesir.
▶️ Selepas tu, masukkan bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis dan tumis sehingga naik bau dan garing.
▶️ Lepas dah garing, masukkan cili padi pula. Letaklah banyak mana anda suka ikut tahap kepedasan yang diinginkan. Kalau nak kurang pedas, boleh gantikan dengan cili besar merah.
▶️ Nak lagi sedap, hiriskan lagi bawang besar dan masukkan ke dalam kuali. Ada bawang hiris lebih lagi sedap.
▶️ Perasakan sikit dengan garam. Kacau sebati.
▶️ Dah siap boleh padamkan api.
BACA JUGA: Daging Pad Kra Pao Atau Daging Cincang Pedas. Resepi Thai Yang Sedap Tiada Tandingan!
Hidangkan dengan nasi putih panas. Resepi daging pekasam simple dan sedap ni boleh jadi hidangan pembuka selera. Buat makan malam yang sederhana sesuai sangat dah. Itu pun dah heaven sangat rasanya.
Nak buat pun senang. Tak pening kepala untuk sediakan pelbagai bahan dan step seperti menyediakan ikan pekasam. Dah tentu rasanya sedikit berbeza. Tapi masih sedap untuk dinikmati bersama keluarga. Selamat mencuba!