Warning: fopen(/tmp/5baef411c3ab762654ff7815019d7d86-5iCk70.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/5baef411c3ab762654ff7815019d7d86-5iCk70.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Gulai Daging Kawah Terengganu. Lagi Lama Reneh Lagi Padu Rasanya.

0 11,004

Di Terengganu memang terkenal dengan resepi gulai daging kawah. Terutama waktu kenduri. Kalau kat tempat lain mungkin tak sama rasa dengan gulai daging di sana sebab rempahnya sahaja berlainan dan lebih istimewa.

Selalunya di Terengganu ada jual rempah gulai khas sama ada timbang kilo atau dalam paket jenama cap bunga ros. Kalau dari negeri lain nak dapatkannya kebanyakan ada dijual di shopee. Jarang atau memang tak ada dijual di pasaraya.

Sekali makan memang puas hati dengan masakan gulai Terengganu ni. Makan dengan nasi putih biasa atau nasi berperisa seperti nasi minyak cukup menyelerakan. Lagi-lagi kuah dimasak dan direneh sampai betul-betul pecah minyak. Bau dia je dah memikat selera.

Cara masak gulai daging Terengganu ada dikongsikan oleh Siti Noor Hidayah Samah, dimana ini ialah resepi turun temurun dari ayahnya yang selalu masak gulai daging kawah di kenduri-kendara.

Kebiasaannya gulai daging ni dicampurkan sekali ubi kentang sebagai penambahan. Kalau kat kenduri selalu nampak kentang dipotong besar-besar untuk cantikkan hidangan.

 

RESEPI GULAI DAGING KAWAH TERENGGANU

Cara masak gulai daging ni kalau nak cepat ada yang masak dalam periuk tekanan semasa proses mati air daging. Tapi kalau anda tak ada periuk tekanan, boleh je renehkan daging atas kuali sehingga daging empuk. Cuma masanya lebih lama sikit.

Bahan-bahan:
  • 1 kilo daging lembu
  • 1 biji kelapa (perah dan jadikan santan sederhana pekat)
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 2 kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar cili boh
  • 3 sudu besar rempah gulai daging
  • Nsan atau gula melaka
  • Garam
  • 1 asam keping
  • 1 sudu besar kerisik
  • 3 biji ubi kentang
  • 7-10 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
Cara masak gulai daging kawah Terengganu:

▶️ Mula-mula kisar bahan yang bertanda * sehingga halus dan lumat. Ketepikan.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan semua 4 sekawan. Tumis sampai naik bau wangi.

▶️ Masukkan cili boh.

▶️ Kacau sampai rata dan cili boh masak sepenuhnya.

▶️ Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai terbit minyak.

▶️ Masukkan rempah gulai daging (sama ada timbang kilo atau rempah daging cap bunga ros).

▶️ Sekarang ni pun dah ada rempah gulai jenama Adabi. Boleh juga gunakan yang itu kalau anda susah nak jumpa rempah-rempah di atas.

▶️ Kacau sehingga rempah sebati dengan bahan tumisan.

▶️ Lepas tu masukkan daging yang dah dipotong kecil-kecil.

▶️ Gaul sebati daging dan ramuan rempah.

▶️ Masukkan air sampai daging tenggelam.

▶️ Kalau ada periuk tekanan, boleh pindahkan ke sana dan set menu meat selama 30 minit untuk mati air daging.

▶️ Kalau tak ada periuk tekanan, boleh teruskan je masak atas dapur sampai daging empuk. Kalau air berkurangan, boleh tambah dan reneh lagi.

▶️ Bila dah siap masak dalam periuk tekanan, boleh pindahkan semula ke dalam kuali.

▶️ Kemudian masukkan kerisik dan asam keping.

▶️ Masukkan juga santan dan kentang.

▶️ Jangan lupa perasakan dengan garam dan nisan/gula melaka.

▶️ Reneh dengan api yang perlahan selama 5 minit lagi sehingga pecah minyak dan kentang empuk.

▶️ Dah siap boleh padamkan api. Sedia Untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Nasi Dagang Teregganu, Gulai Ikan Tongkol Pekat Padu. Sekali Buat Tak Puas Makan!

 

Hidangkan dengan nasi panas-panas cukup menyelerakan. Yang penting berasa aroma rempah gulainya. Makan dengan nasi sedap. Nak cicah roti canai, roti kosong dan macam-macam lagi pun enak.

Kalau di Terengganu ada juga yang masak dengan proses tumis darat, dimana tak ada proses menumis. Masukkan je kesemua bahan, kemudian reneh sampai kuah pecah minyak.

Apa-apa cara masakan pun sedap dan kena dengan selera tekak. Resepi gulai daging kawah Terengganu ni masih special dari gulai biasa. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.