Segalanya Tentang Makan..

Resepi Gulai Telur Padang Indonesia. Sedap Tak Boleh Bawa Bincang. Cukup Lemak Pedas.

0 16,676

Kalau sebut makanan dari seberang Indonesia sana dah terbayang juadah yang sedap-sedap. Apa je makanan dari Indonesia yang kita tak suka kan? Hampir kebanyakan kita makan semua sedap dan menyelerakan. Antaranya ialah resepi gulai telur padang Indonesia ni.

Padahal masakan telur je pun. Tapi rasa dia mantul sampai buatkan kita makan bertambah-tambah. Kuahnya nampak macam masak lemak cili api je, tapi ramuan bahannya jauh lebih banyak dan berperisa. Cukup rasa pedas, lemak dan wangi.

Sebab tu walau berlaukkan telur je, juadah ni pun masih sedap. Sebab telur ni ada rasanya yang tersendiri. Nak-nak bila nak makan tu kita picit dan belah. Lepas tu biarkan kuah meresap ke dalam isi telur.

Resepi telur padang ni dikongsikan oleh Nurul Ateekah. Senang je cara masaknya. Lebur je kuah, lepas tu masukkan telur, dah siap.

Bahan pula walaupun lebih sikit dari masak lemak, tapi masih mudah untuk disediakan. Bolehlah masak lauk ni kalau anda nak masak lauk yang senang disediakan dan cepat masak.

 

RESEPI GULAI TELUR PADANG INDONESIA

Mungkin ada yang tertanya, telur tu masukkan yang dah siap rebus macam tu je ke atau goreng dulu. Kebanyakannya masukkan je terus tanpa goreng. Rasanya cukup sedap.

Tapi kalau anda nak ubah selera untuk goreng dulu terpulanglah. Cuma jangan goreng terlampau garing sebab nanti takut keras pula kulitnya.

Bahan-bahannya:
  • 7-8 biji telur ayam rebus (dibuang kulit)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun salam
  • 1 batang serai (dikatok)
  • 1 kotak santan
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 sudu kecil garam
  • 150 ml air
  • Minyak untuk menumis
Bahan kisar:
  • 1 batang cili merah
  • 7 batang cili padi merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • Halia (sebesar ibu jari)
  • Lengkuas (sebesar ibu jari)

Cara masak gulai telur padang:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Masukkan bahan kisar, serai, daun limau purut, daun salam dan juga serbuk kunyit.

▶️ Kacau dan tumis sehingga masak dan terbit minyak.

▶️ Kemudian masukkan air.

▶️ Masukkan santan kotak. Kalau ada santan fresh lebih sedap. Tapi kalau tak ada, santan kotak pun boleh.

▶️ Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.

▶️ Akhir sekali masukkan telur yang dah siap direbus.

▶️ Biarkan masak dan kuah mendidih pekat.

▶️ Rasa dulu. Kalau dah cukup berasa boleh padamkan api.

 

BACA JUGA: Resepi Rendang Padang Indonesia Yang Sedap Dan Padu Dengan Aroma Rempah!

 

Sedia dihidangkan dengan nasi panas-panas. Kuahnya memang terangkat lagi-lagi kalau dimasak pedas. Kepekatan kuah tu terpulang pada anda. Kalau nak pekat lagi, boleh renehkan lama sikit.

Bila buat berkuah lebih sikit macam ni bolehlah gaulkan banyak sikit dengan nasi kan. Masaknya sekejap je. Kalau nak masak cepat, sesuai sangatlah buat lauk ni.

Jangan lupa cuba resepi gulai telur padang Indonesia ni nanti. Lauk jimat bak orang kata tu. Rasa pun enak dan mudah. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.