Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ikan Masin Kurau Cili Kering. Tambah Rencah Sos Tiram Je, Cukup Padu Rasanya!

0 800

Bagi penggemar ikan masin, kadang-kadang pening juga fikir nak buat hidangan apa ikan masin ni. Asyik goreng biasa je kan. Bila goreng dengan bawang je sebenarnya memang dah cukup sedap. Tapi pernah tak anda cuba resepi ikan masin kurau dengan cili kering?

Bukan tu je, tambahkan lagi sos tiram lebih sebagai bahan perasanya. Fuhh, kalau tak pernah makan, anda wajib cuba resepi ni. Kenapa ikan masin kurau? Sebab isinya lembut dan tebal. Selama ni ikan masin kurau ni sering dibuat masak lemak atau gulai kari je.

Kali ni buat masak goreng cili kering memang sedap dan menangkap rasa. Bahannya tak banyak pun. Bila goreng cili kering dan campuran bahan lainnya nanti minyak hasil gorengan tu akan lagi sedap.

Kalau gaulkan dengan nasi panas, mau makan bertambah-tambah. Memang wajib anda cuba resepi ni. Boleh ikut perkongisan resepi dari Nurul Ateekah yang mudah dan ringkas je bahannya.

Akan ada rasa perbezaan ikan masin goreng cili kering dan juga ikan masin goreng bawang yang biasa selama ni kita buat.

 

RESEPI IKAN MASIN KURAU CILI KERING

Tak perlu banyak-banyak ikan masin pun dah okay. Cukup untuk juadah sekeluarga. Lagi pun kalau makan ikan masin ni bukan macam makan ikan goreng biasa. Cuit-cuit sikit pun dah berasa.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 150 gram ikan masin kurau (dicuci dan digoreng)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dibelah)
  • 2cm halia (dihiris)
  • 2 batang daun kari
  • 5 batang cili kering (dipotong)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar gula
  • Minyak masak secukupnya

Cara masak ikan masin kurau cili kering:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Masukkan ikan masin dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

▶️ Panaskan minyak, masukkan bawang putih, bawang merah, halia, daun kari dan cili kering.

▶️ Tumis sehingga naik bau.

▶️ Kemudian masukkan sos tiram dan garam. Kacau sekata. Garam tu tak perlu banyak-banyak sebab ikan masin dah berasa.

▶️ Masukkan ikan masin yang digoreng tadi. Gaul sekata.

▶️ Dah siap boleh angkat dan hidangkan.

 

BACA JUGA: Sambal Ikan Masin Sedap Melikat. Simple Je Tapi Sedap Ya Amat. Wajib Cuba!

 

Biasanya ikan masin cili kering ni sedap kalau digandingkan dengan gulai lemak, tak kira sama ada masak cili api atau kari.

Malah ada juga yang suka jadikan lauk ni sebagai lauk utama. Lepas tu hidangkan dengan sayur goreng ikan bilis dan sambal belacan sebagai lauk penambahannya. Yang ini pun sedap lagi-lagi makan dengan nasi panas.

Kalau ada ikan masin dalam peti sejuk tu dan tak tau nak masak apa, bolehlah cuba resepi ikan masin kurau cili kering ni untuk seiisi keluarga. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.