Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ikan Merah Kengsom Original Thai Sedap Dan Padu. Resepi Dari Thailand Yang Wajib Cuba!

0 4,682

Kalau sebut je masakan Thai, sebenarnya ada bermacam-macam aneka masakan dan resepi dari sana kita akan jumpa. Tapi yang paling popular sekali dah tentu tomyam gong, masakan stim, 3 rasa, kerabu dan macam-macam lagi. Dalam banyak-banyak masakan mereka, pernah tak anda dengar resepi ikan merah kengsom original Thai ni?

Sebenarnya bukan ikan merah je. Selalunya orang masak kengsom ni dengan ikan siakap. Kedua-dua jenis ikan ni ada rasa isi yang manis, lembut dan sedap. Tahu je lah masakan Thai ni. Ianya kaya dengan rasa masam, masin dan pedas dan mempunyai aroma wangi serai dan daun limau purut.

Masakan kengsom ni tak lari juga dari rasa sebegitu. Malah bahan-bahannya lebih pelbagai berbanding tomyam, masakan 3 rasa atau stim yang biasa kita makan. Resepinya berkuah ala-ala tomyam tapi kuahnya berwarna kuning sebab dimasukkan sekali kunyit hidup.

Dan yang uniknya, bukan sekadar ikan, dalam masakan ni juga dimasukkan sayur kangkung. Bila kuah cukup rasa masam, masin dan pedas, dan dalam kuahnya pun ada ikan dan sayuran, terasa lengkap hidangan yang dinamakan kengsom ni walaupun 1 jenis hidangan sahaja.

Kalau anda nak cuba resepi ni, boleh ikut perkongsian resepi dari Fastabiqul Khoirot ni. Hidangannya nampak sangat sedap dan menyelerakan. Lihat bahan pun dah boleh agak rasanya macam mana. Bolehlah tambahkan koleksi masakan Thai yang anda boleh cuba.

 

RESEPI IKAN MERAH KENGSOM ORIGINAL THAI

Resepi kengsom ni antara salah satu masakan Thai yang sangat sedap bila kuahnya dimasak pedas terangkat. Bayangkan kalau makanan berkuah mempunyai rasa yang kurang pedas, boleh putus selera dibuatnya. Jadi, jangan terkejut kalau resepi ni diletakkan banyak bahan cili. Namun kalau anda tak berapa suka masakan pedas, boleh kurangkan cilinya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan kisar:

  • Cili kering kerinting 9 tangkai yang dibuang biji
  • Cili merah 3 biji yang dibuang biji juga
  • Cili api merah menyala 15 biji
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Halia 1 inci
  • Bawang holland 3 biji
  • Bawang putih 7 ulas
  • Serai 3 batang
  • Belacan 1 inci
  • Nenas muda 1/4 dari sebiji
  • Daun limau purut 3 helai

 

Bahan lain:
  • Ikan merah fresh 1 kilo
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Limau nipis 1 biji (diambil jus)
  • Nanas muda 3/4 dari sebiji (dihiris)
  • Kangkung secukupnya

 

Cara masak ikan merah masak kengsom:

▶️ Mula-mula blend bahan-bahan kisar. Kemudian panaskan sedikit minyak dalam kuali.

▶️ Masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga naik bau.

▶️ Kemudian masukkan air dan masak sehingga mendidih.

▶️ Hirisan nenas tadi masukkan dalam kuah. Kemudian tambahkan air asam jawa.

▶️ Selepas tu masukkan garam dan gula dan penyedap rasa jika perlu. Kacau sehingga sebati.

▶️ Masukkan ikan, kemudian biarkan sehingga masak.

▶️ Kalau anda memang hantu pedas, boleh campakkan cili siam hijau dan merah sebagai hiasan atau nak tambahkan lagi rasa pedas.

▶️ Dan akhir sekali masukkan sayur kangkung dan perahan jus limau nipis. Masak sehingga layu sedikit, dan boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan!

 

Tengok kuah memang nampak menyelerakan kan? Boleh bayang macam mana padunya rasa kuah kengsom ni sebab cukup semua rasanya. Kalau makan dengan nasi atau hirup kuah memang puas hati.

 

BACA JUGA: Resepi Sup Tulang Merah Singapore Yang Paling Padu. Cukup Dengan Aroma Rempah Dan Pedas!

 

Disebabkan masakan ni ada kangkung, kalau anda masak ikan dan kuahnya dalam kuantiti yang banyak, sebaiknya letakkan kangkung tu cukup-cukup untuk sekali makan je.

Jangan masukkan kangkung sekali banyak untuk target makan lauk ni sampai lebih 2-3 kali. Sebab kalau lama dalam kuah, sayur ni akan layu dan kurang segar.

Lepas ni bolehlah jadikan resepi ikan merah kengsom ni sebagai salah satu list masakan Thai anda. Pasti lepas ni menjadi lauk kesukaan anda sekeluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.