Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Kedai Thai. Lagi Meriah Bahan, Lagi Sedap. Mudah Je!

0 1,695

Sedapnya masakan 3 rasa yang banyak kuah dan bahan macam ni. Kalau makan kat kedai kadang-kadang tak dapat macam ni. Siapa suka makan ikan siakap 3 rasa mesti selalu craving. Alang-alang tu jom belajar buat sendiri ikut resepi ikan siakap 3 rasa ala kedai Thai dari Liza Idris ni.

Kalau buat masakan Thai biasanya bahan memang meriah. Ramuannya banyak terutama masakan 3 rasa. Dari bahan tambahan sampailah sos yang digunakan. Sebab tu lengkap rasanya dengan masam, manis, masin dan pedas.

Buat masakan Thai ni jangan terkejut pula lihat banyak bahan yang dimasukkan. Kalau tak, tak datanglah nama 3 rasa tu. Tapi walaupun banyak sebenarnya mudah je dan bahan biasa kita selalu pakai di dapur.

Bila buat masakan Thai je, yang pasti kena ada sos ikan. Kebanyakan masakan Thai memang pakai sos ikan. Sebab tu kalau anda jenis suka masakan Thai, eloklah simpan stok sos ikan di dapur.

Ini resepi ikan siakap 3 rasa yang paling mudah anda boleh cuba. Ringkas je bahan dan caranya. Resepi ni lebih kepada meracik-racik bahan. Selebihnya hanya lebur dalam kuali je.

 

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA

Paling sedap juadah 3 rasa ni ialah kuahnya. Sedap kalau gaul dengan nasi. Cukup dengan rasa masam, manis dan pedas. Kalau anda suka kuah lebih untuk dijamah sekeluarga, boleh gandakannya lebih sikit ikut suka anda.

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 batang serai
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 inci halia (cincang halus)
  • 1 biji cili merah
  • 3 biji cili api
  • 1/2 biji timun
  • 1 biji tomato
  • 1 potong nenas
  • 4 helai daun limau purut
  • Sedikit daun sup sebagai hiasan
Bahan sos:
  • 3 sudu besar cili kering
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan

Cara masak ikan siakap 3 rasa:

▶️ Mula-mula cuci bersih ikan. Kelarkan tengah badan ikan.

▶️ Lumur ikan dengan garam dulu, kemudian dengan tepung jagung.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Bila minyak dah betul-betul panas, goreng ikan sehingga garing.

▶️ Kemudian angkat dan toskan. Ketepikan.

▶️ Dalam kuali lain, tumis bawang putih, bawang merah dan halia.

▶️ Lepas tu masukkan cili besar dan cili api. Kalau suka pedas boleh masukkan lebih.

▶️ Masukkan serai dan 3 sudu cili kering kisar. Kacau dan biarkan sampai cili masak.

▶️ Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Gaul sebati dan tumis sampai pecah minyak.

▶️ Masukkan 1 cawan air. Biarkan reneh sampai kuah pekat.

▶️ Lepas tu masukkan sos ikan.

▶️ Racik daun limau purut dan masukkan dalam kuah. Ini yang akan menaikkan lagi rasa dan aromanya.

▶️ Masukkan timun dipotong kecil.

▶️ Kemudian masukkan tomato dan nenas yang dipotong dadu.

▶️ Kacau sebati dalam kuah. Dan boleh padamkan api.

▶️ Tuang kuah atas ikan yang dah digoreng tadi.

▶️ Siap! Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Siakap Stim Ala Thai, Masam, Manis Dan Sedap Macam Restoran Thai.

 

Kalau anak-anak dan suami rindu nak makan kedai Thai musim pkp ni, bolehlah mak-mak masak siakap 3 rasa kedai Thai ni. Confirm mereka puji tanpa henti.

Lagi puas hati buat sendiri dengan bahan yang meriah dan banyak kuah. Silap-silap dimintanya berulang kali sampai tak nampak kedai Thai lagi dah lepas ni.

Semoga perkongsian resepi ikan siakap 3 rasa ala kedai Thai yang dikongsikan ni memberi manfaat. Ikut bahan-bahan dan stepnya sebiji-sebiji. Pasti menjadi rasanya macam kedai Thai. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.