https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kari Ayam Ala Mamak Pekat Melikat. Ada Bahan Rahsia Untuk Kuah Yang Padu!

0 18,004

Tekak orang Malaysia ni tak kira kaum Melayu, India atau Cina memang sukakan masakan kari. Dari masakan kari Melayu hinggalah ke kari mamak yang pekat likat tak bersantan. Semuanya memang digemari. Bila dah kerap sangat masak kari Melayu, teringin pula nak cuba resepi kari ayam ala mamak yang pekat melikat ni.

Selalu makan kari pekat tak bersantan ni di restoran mamak je. Bila cicah roti canai, roti nan, fuuhh rasa dia piau dengan bau aroma kari. Bagaimana pula rasanya kalau makan kari mamak ni dengan nasi di rumah bersama dengan keluarga? Pasti rasanya enak memukau.

Jadi jom lah kita cuba resepi kari ayam ala mamak yang dikongsikan oleh Fazreen Saini ni. Untuk rasa kuah kari yang enak memukau ni perlulah masukkan rempah kari yang banyak.

Dan selain tu ada lagi satu bahan rahsia lain yang digunakan untuk rasa kuah kari yang jauh lebih sedap dari biasa. Rupanya bahan tu mudah je.

Resepi ni beliau terinspirasi dari blog ‘Buat Orang Lapo’ yang sudah turun temurun menggunakan resepi ni untuk berniaga. Dan juadah kari ni sentiasa jadi pilihan pelanggan. Jadi, tak rugi untuk kita cuba.

 

RESEPI KARI AYAM ALA MAMAK PEKAT MELIKAT

Tak sangka tanpa gunakan santan pun boleh hasilkan masakan kari yang sedap. Rupanya bahan rahsia yang digunakan untuk menaikkan lagi rasanya tu ialah bancuhan sos tiram. Jom lihat cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • ½ ekor ayam
  • 3 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang)
  • Bawang putih 3 ulas (tumbuk atau hiris halus)
  • Bawang besar 2 ulas (hiris halus)
  • 5 pelepah daun kari

  • Cili kering kisar 2 sudu besar (atau boleh juga guna cili serbuk)
  • 5-6 sudu besar (125 gram) serbuk kari ikan (jangan terkejut gunakan serbuk kari ikan untuk kari ayam ni. Sebab ini salah satu lagi rahsia untuk kuah yang lebih padu)
  • Air secukupnya 750-1000ml
  • Kentang 1-2 biji
  • Garam secukup rasa
  • Air asam jawa sedikit
  • Sos tiram 2 sudu besar (bancuhkan dengan air agar tak berketul)

Cara masak kari ayam ala mamak:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian masukkan 3 sekawan, bawang putih, bawang merah dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.

▶️ Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak.

▶️ Masukkan pula serbuk kari dan kacau sebati.

▶️ Tuangkan sikit air dan biarkan sehingga pecah minyak. Biar betul-betul masak.

▶️ Masukkan ayam dan gaul sekata. Kalau ada kentang, boleh masukkan kentang. Dan masukkan air lagi sikit.

▶️ Tunggu sehingga ayam dan kentang empuk. Kalau lihat kentang dah empuk, maksudnya ayam dah masak la tu.

▶️ Kemudian masukkan garam, air asam jawa dan bahan rahsia untuk resepi ni iaitu bancuhan sos tiram dengan sedikit air. Gaulkan sehingga sebati.

▶️ Rasa kuah akan berubah dan bertambah sedap.

▶️ Kalau nak rasa manis-manis sikit boleh masukkan gula sedikit.

▶️ Dah cukup rasa boleh padamkan api.

 

BACA JUGA: Resepi Kari Ikan Sembilang Sedap Penuh Dengan Aroma Rempah. Confirm Makan Bertambah-Tambah!

 

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

Mudah je kan nak masak kari mamak yang marvelous ni. Rupanya bahan rahsia untuk kari mamak power hanyalah sos tiram yang kita selalu pakai dalam masakan harian.

Kalau gaul dengan nasi kuahnya memang sedap dan menyelerakan. Confirm makan bertambah-tambah. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.