Warning: fopen(/tmp/fa25e134378ffc06f6e82454a34f2f5c-u3FGHa.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/fa25e134378ffc06f6e82454a34f2f5c-u3FGHa.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kari Kambing Sedap Padu. Original Dengan Serbuk Kari Homemade! Lain Dari Yang Lain.

0 9,166

Memandangkan sekarang ni musim duduk rumah je, mulalah rindu nak makan kari kambing di kedai mamak atau di kenduri kendara. Apa kata jom cuba resepi kari kambing sedap dan padu dari Puan Rani Genga ni.

Resepi ni istimewa dan lain dari yang lain sebab serbuk atau rempah karinya dibuat sendiri. Bagaimana agaknya rasanya kan bila buat serbuk kari sendiri ni? Resepi original dari kaum india ni pasti buatkan anda rasa teruja nak cuba.

Kari kambing ni selalu dianggap hidangan istimewa sebab tak semua tempat ada hidangannya. Cara masaknya pun kena tengok gaya juga. Sebab tu kadang-kadang ramai yang tak makan kambing melainkan dimasak dengan cara yang betul dan kena dengan selera.

Resepi kari kambing ni antara yang sedap dan menyelerakan, lebih-lebih lagi kaya dengan bahan rempah. Makan dengan nasi putih pun dah cukup sedap apatah lagi dihidangkan dengan nasi berperisa seperti nasi briyani dan nasi minyak.

Kalau dah teragak sangat nak makan kari kambing tu, jom lihat perkongsian resepi ni. Cuma anda kena gigih sikit menyediakan bahan sebab nak dapatkan hasil kari kambing yang padu, bahannya memang agak banyak.

 

RESEPI KARI KAMBING

Bagi yang tak makan kambing, resepi yang sama boleh juga dibuat masak daging batang pinang, atau masak campuran daging dan juga tulang.

Bahan-bahannya:
  • 1 kilo kambing / daging batang pinang / tulang campur daging
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 6 biji bawang kecil
  • 10 tangkai cili api
  • 3 inci halia (jangan buang kulit)
  • 1 labu bawang putih

*Kisarkan bawang-bawang, cili api dan halia

  • Air 1 cawan kecil
Bahan-bahan untuk serbuk kari:
  • Cili kering RM2 (2 genggam)
  • 5 tangkai daun kari
  • Ibu kunyit dikeringkan 100 gram (kalau tak ada boleh letak kunyit hidup)

  • 2 kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 100 gram biji ketumbar
  • 100 gram jintan putih
  • 200 gram jintan manis
  • 50 gram biji lada hitam
  • 50 gram bunga cengkih
  • 3 helai daun bay

*Goreng tanpa minyak bahan-bahan ni dulu, kemudian kisar kering.

*Kalau nak kisar basah pun boleh, cuma kalau kisar kering boleh disimpan. Kalau kisar basah tahan 4 hari sahaja.

Bahan lain:
  • 2 biji ubi kentang (digoreng 50%)
  • 3 biji tomato

Bahan tumis:
  • 3 sekawan
  • 2 batang serai (dititik)
  • 3 batang akar daun ketumbar
  • 5 labu besar bawang merah dihiris mayang

Cara masak kari kambing:

▶️ Rebuskan dulu kambing atau daging.

▶️ Caranya masukkan kambing dalam periuk atau pressure cook bersama dengan bahan kisar.

▶️ Masukkan juga garam dan air.

▶️ Jangan lupa juga serbuk kunyit.

▶️ Kemudian rebuskan.

▶️ Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian tumis 3 sekawan.

▶️ Masukkan serai yang dah dititik.

▶️ Masukkan daun kari dan akar daun ketumbar.

▶️ Lepas tu masukkan bawang merah yang dihiris.

▶️ Tumiskan sampai garing keperangan.

▶️ Masukkan 2 sudu besar bahan kisar yang kita blend semasa rebus daging tadi, dan gaulkan sebati.

▶️ Masukkan tomato yang dipotong kecil.

▶️ Masukkan daging yang dah siap direbus.

▶️ Masukkan kentang dah digoreng separuh masak.

▶️ Masukkan lagi air ikut banyak mana kuah.

▶️ Kemudian masukkan serbuk kari yang dibuat tadi sebanyak 4 sudu besar.

▶️ Masukkan garam secukup rasa.

▶️ Akhir sekali hiaskan dengan daun ketumbar dan daun kari.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Briyani Kari Kambing Adabi Sedap Dan Terbaik! Patutlah Viral! Rugi Kalau Tak Cuba!

 

Sedap kalau hidangkan dengan nasi putih panas atau nasi berperisa. Kalau nak buat hidangan istimewa hari raya bersama lemang dan pulut kuning lagi bertambah sedap.

Walaupun bahannya agak banyak, tapi cara penyediannya tidaklah sesukar mana. Kuahnya pula cukup sedap bila penuh dengan aroma rempah.

Kalau anda nak cuba masak kari kambing yang sedap dan padu, bolehlah ikut resepi dari perkongsian Puan Rani ni. Pasti anda menyukainya. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.