Segalanya Tentang Makan..

Lebih Sedap Dari Kurma Biasa! Resepi Kurma Ayam Versi Tak Pucat. Lemak, Sedap Dan Beraroma.

0 8,365

Selalu makan masakan kurma yang warna pekat berlemak. Betul tak? Apa kata cuba resepi kurma ayam versi tak pucat dengan adanya bahan tambahan yang menaikkan lagi rasa. Simple je resepi ni, tapi rasanya sangat sedap, manis-manis dan beraroma.

Tengok hidangannya pun dah boleh agak rasanya macam mana. Terus rasa nak buat. Sebab masakan kurma ni selalunya jadi kegemaran anak-anak je. Bila tengok kuah kurma versi tak pucat ni boleh agak mesti ada cara masakan yang sedikit berbeza.

Sebenarnya aroma rempah kurma tu sendiri sebenarnya dah sedap. Tapi ikut cara kita nak menaikkan lagi rasa dan kena dengan selera masing-masing.

Kalau dulu ada ayam, kentang dan kuah kurma tu sendiri je dah cukup. Tapi kali ni kalau teringin nak pelbagaikan bahan apa salahnya.

Menurut resepi yag dikongsikan oleh Nurul Nadia Kamarudin ni, selain kentang, lauk tambahannya dimasukkan sekali kobis bulat Beijing yang lebih sedap dan manis.

 

RESEPI KURMA AYAM SEDAP

Salah satu cara masakan kurma yang sedap ialah perlu tumis rempah kurmanya beberapa kali dengan masukkan air dan keringkan secara berulang. Sehinggalah kurma betul-betul garing dan cantik. Barulah kuah nanti bertambah sedap dan lebih berasa.

Bahan kisar:
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Cili padi
  • Cili hijau
  • Akar ketumbar
Bahan tumisan:
  • Serbuk kurma

Bahan untuk tabur:
  • Kobis bulat Beijing
  • Kentang
  • Daun ketumbar
  • Cili hijau
  • Cili merah

Bahan lain:
  • Ayam
  • Santan
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Kicap
Cara masak kurma ayam sedap:

▶️Kisar hancur bahan yang perlu dikisar.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar tadi.

▶️ Masukkan serbuk kurma. Boleh ikut kuantiti ayam yang dimasak. Biasanya ½ ekor ayam bersesuaian dengan 4-5 sudu makan serbuk kurma.

▶️ Tumis berulang kali dengan cara masukkan air dan keringkan berulang-ulang sehingga tumisan betul-betul garing dan cantik.

▶️ Lepas tu boleh masukkan air, ayam dan kentang.

▶️ Terus renehkan kuah sampai mendidih.

▶️ Kemudian masukkan kobis bulat Beijing.

▶️ Biarkan sehingga ayam masak, kentang lembut dan kobis bulat keluarkan air.

▶️ Barulah masukkan santan. Kalau santan terlalu pekat, masukkan air sikit.

▶️ Masukkan bancuhan air asam jawa.

▶️ Perasakan dengan garam dan kacau sebati.

▶️ Kemudian renjiskan kicap ke dalam kuah untuk warna cantik dan rasa lemak-lemak.

▶️ Akhir sekali masukkan bahan tabur yang lain iaitu daun ketumbar, cili hijau dan cili merah. Boleh padamkan api.

▶️ Nak lagi sedap, hidangkan dengan sambal belacan.

Extra resepi: Sambal belacan:
  • Belacan goreng
  • Cili padi
  • Cili merah
  • Limau kasturi

Cara buat sambal belacan:

▶️ Tumbuk lumat belacan dan juga cili.

▶️ Kemudian perah jus limau kasturi.

▶️ Dah siap!

 

BACA JUGA: Resepi Gulai Kerutuk Telur Original Kelantan. Masak Kuah Pekat. Sedap Terangkat.

 

Sedia dihidangkan untuk makan tengah hari. Makan dengan nasi panas memang betul-betul nikmat. Lauk kurma ni sedap dengan kuah yang banyak dan gaulkannya dengan nasi.

Dalam banyak-banyak lauk masak berlemak dengan santan, masakan kurma ni paling sedap kalau tak dibuat terlampau pedas. Sebab tumisan cili yang berlebihan ni macam tak kena pula dengan kuahnya.

Tapi kalau anda jenis tak boleh kalau tak pedas, boleh masukkan cili hijau atau merah sebelum padamkan api. Bila makan, boleh gigit cilinya. Jangan lupa cuba resepi kurma ayam sedap ni!

Leave A Reply

Your email address will not be published.