Segalanya Tentang Makan..

Resepi Lala Masak Pedas Sedap Dan Wangi. Resepi Paling Simple Dan Cepat!

0 10,112

Anda suka tak makan lala? Lala ni antara makanan seafood yang sedap kalau buat resepi lala masak pedas. Tapi jarang orang buat. Kalau kat kedai-kedai yang biasa jual ikan dan seafood pun jarang ada jual lala ni. Di pasaraya atau pasar besar je ada. Mungkin kurang permintaan.

Selalu kalau teringin nak makan, order kat restoran Thai je kan. Memang sedap dan padu rasa lala masak pedas ala Thai ni. Tapi sebenarnya nak masak sendiri di rumah mudah je. Resepi yang simple ni taklah serupa atau sebiji rasanya dengan masak pedas Thai.

Kita gunakan bahan ringkas je, tapi seakan-akan Thai sebab mempunyai bahan asas bawang, serai dan daun limau purut. Kalau nak jadikan resepi Thai pun boleh juga. Hanya tambahkan je sos ikan, sos cili thai, daun ketumbar dan penambahan sayuran yang anda suka.

Ikut kita je sebenarnya untuk pelbagaikan resepi ikut selera masing-masing. Kalau nak mudah, boleh buat resepi lala masak pedas yang simple je sepeti yang dikongsikan oleh Cik Puan Sarah ni.

Rasanya masih sedap, cukup rasa masam, masin dan pedas. Dan aroma wanginya masih terasa. Kalau nak buat menu ringkas-ringkas buat makan malam, boleh ikut resepi ni.

 

RESEPI LALA MASAK PEDAS SIMPLE

Lala masak pedas ni biasanya dimasak kering-kering. Tapi ada selupat-selupat sambal yang sebati dengan lalanya. Yang itu buatkan sedap dan menyelerakan bila digaul dengan nasi. Lagi-lagi nasi panas.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Lala
  • Cili merah besar
  • Cili padi merah (nak pedas boleh letakkan lebih)
  • Serai diketuk
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Sos tiram
  • Serbuk cukup rasa
  • Daun limau purut

Cara buat lala masak pedas:

▶️ Mula-mula kisarkan dulu cili merah besar, cili padi merah, bawang merah dan bawang putih sehingga halus.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Dan masukkan serai. Tumis sehingga layu dan naik bau.

▶️ Seterusnya masukkan bahan yang dikisar tadi. Biarkan sekejap sampai terbit minyak.

▶️ Masukkan pula sos tiram.

▶️ Dalam masa yang sama, masukkan serbuk cukup rasa. Tak perlu masukkan garam lagi sebab sos tiram dan serbuk perasa dah ada rasa masin.

▶️ Kemudian kacau sebati dan biarkan sekejap sehingga kering sedikit.

 

BACA JUGA: Resepi Shell Out Sedap Dengan Kuah Pekat Beraroma. Mudah Je Rupanya!

 

▶️ Akhir sekali masukkan lala dan kacau supaya sambal sekata. Tak perlu tambahkan air. Sebab air lala akan keluar sendiri.

▶️ Dah siap, boleh angkat dan hidangkan.

Sekali pandang dah tergoda. Sedap sangat tengok lala masak pedas yang penuh dengan selupat sambal pekat dan likat ni. Kalau anda jenis hantu pedas, boleh buat resepi yang betul-betul pedas. Barulah puas untuk dijamah.

Dalam resepi ni, pemiliknya kehabisan daun limau purut, sebab tu tidak dimasukkan. Nanti anda jangan lupa masukkannya untuk dapatkan rasa yang lebih wangi dan enak. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.