Segalanya Tentang Makan..

Resepi Pucuk Ubi Goreng Ikan Bilis Sedap Dan Terangkat. Wajib Cuba Menu Ni!

0 11,571

Ramai tak kat sini penggemar pucuk ubi? Kalau tak makan buat ulam, kita suka masaknya dengan lauk lemak dan rendang. Memang menangkap rasa dia kan. Tapi sekarang famous pula dengan resepi pucuk ubi goreng ikan bilis pedas dan kering.

Fuhh, yang ini lagi legend rasa dia bila dimakan dengan nasi panas. Yang bestnya, pucuk ubi goreng ikan bilis ni boleh dibuat sekali banyak, kemudian disimpan sampai seminggu dua. Bukan makan dengan nasi je, ada yang siap meratah. Tak sampai seminggu pun boleh habis kalau nak ikutkan macam ni.

Pucuk ubi goreng ikan bilis ni sebenarnya dah terkenal di Negeri Sembilan masa zaman atuk nenek kita dulu lagi. Sekarang ni je dah makin ramai yang popularkan semula dengan resepi dan air tangan sendiri yang pelbagai.

Itupun selepas Dato Rizalman kongsikan resepinya di Instagram. Ramai yang terinspirasi, dan salah satunya ialah Iskamaridzah Ismail. Lepas tengok hasil masakannya, terliur pula rasa. Terus buat sendiri.

Bahan-bahan untuk buat pucuk ubi goreng ikan bilis pedas ni tak banyak pun. Cuma step penyediaannya banyak dan lama sikit. Tapi bila dah siap memang berbaloi. Kalau buat sekali banyak boleh makan berulang-ulang.

 

RESEPI PUCUK UBI GORENG IKAN BILIS

Kalau nak buat masakan melibatkan pucuk ubi ni, kena pastikan pucuk ubi yang dibeli mahupun dipetik tak ada yang tua dan keras. Kadang-kadang tu ada yang terselit juga 2,3 tangkai pucuk ubi tua dalam banyak-banyak pucuk ubi yang diikat kat pasar tu. Jadi, kena pandai pilih kalau tak nak spoil dalam masakan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Pucuk ubi 1 besen besar (dah siap dibasuh dan dikeringkan)
  • Ikan bilis 1 mangkuk kecil
  • Bawang besar 2 biji yang dihiris
  • Asam gelugur sekeping
  • Belacan 1 inci
  • Ikan masin kurau 1 pc sebesar tapak tangan (dah siap digoreng dan kirai isinya, kemudian blender kering)
  • Cili kering sengenggam (rebus, cuci dan keringkan, kemudian kisar secara kering)

Cara buat pucuk ubi goreng ikan bilis:

▶️ Basuh bersih ikan bilis, keringkan. Kemudian gaulkan dengan tepung beras. Ketepikan.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Gunakan minyak yang banyak.

▶️ Kemudian masukkan pucuk ubi dan goreng sehingga rangup. Kemudian angkat dan toskan.

▶️ Goreng pula ikan bilis sehingga rangup. Kemudian angkat dan tos.

▶️ Seterusnya tumis bawang hingga garing juga.

▶️ Masukkan cili kering yang dah siap dikisar kering. Kacaukan dan masukkan garam dan gula. Gula masukkan lebih sedikit.

▶️ Selepas tu masukkan belacan dan asam gelugur.

▶️ Kacau dan kemudian tumis lama sedikit sehingga cili kering tu masak.

▶️ Selepas lama sikit dan cili masak dan kering, masukkan ikan masin kurau.

▶️ Masukkan ikan bilis yang dah siap digoreng tadi. Tutup api.

▶️ Akhir sekali masukkan pucuk ubi dan kacau perlahan. Hanya sekadar gaulkan biasa je tanpa kasar-kasar sebab takut pucuk ubi hancur.

▶️ Bila dah sekata, angkat dan masukkan dalam besen. Biarkan sejuk tapi bukan bawah kipas.

▶️ Selepas dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kekal rangup. Boleh tahan sampai 2 minggu. Dah siap.

 

BACA JUGA: Cara Buat Sambal Kering Ikan Bilis Dengan Kentang Dan Kacang. Tip Hasilkan Rasa Kekal Rengup Walaupun Dah Sejuk!

 

Mudah je sebenarnya buatnya. Cuma lama sikit kat dapur untuk sediakan satu persatu bahan dan menumis. Tapi confirm puas hati bila dapat menikmati pucuk ubi goreng yang cukup rasa dia. Pedas, masin, manis dan rangup.

Kalau dapat makan waktu sahur dengan nasi putih panas pun dah cukup ni. Senang je bila masak sekali banyak dan simpan dalam bekas. Tak payah masak lauk lain dah. Hidangkan sekali dengan telur dadar.

Pada yang nak try resepi pucuk ubi goreng ikan bilis sedap, jangan lupa ikut cara ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.