Segalanya Tentang Makan..

Resepi Rendang Cili Api Sotong Sedap Terangkat! Cukup Rasa Lemak Pedas. Mesti Makan Bertambah.

0 1,253

Jarang nampak sotong masak rendang ni kan? Mungkin ada yang tak pernah dengar pun. Selalunya rendam ayam, daging, kambing dan sebagainya. Tak sangka seafood pun sedap dibuat rendang. Kali ni jom cuba resepi rendang cili api sotong.

Resepi rendang ala negeri Sembilan ni lebih padu dan terangkat rasanya. Tak kira masak rendang style kering-kering atau berkuah. Makan dengan nasi ke, lemang ke, atau pulut. Semua sedap dan menyelerakan.

Cuma kalau sotong ni nak masak ada caranya. Tak macam ayam atau daging yang perlu dikecutkan lebih awal. Kalau masak rendang sotong, masak seladak rendang sampai kering dan terbit minyak dulu, barulah masukkan sotong.

Sebab sotong ni kalau dimasak lama tekstur jadi keras. Tak nampak segar atau gemuk-gemuk lagi dalam kuali. Mudah je cara masaknya sebenarnya.

Resepi ni dikongsikan oleh Nurul Joe. Rugi kalau anda tak cuba. Masak pedas-pedas lebih sedap. Makan dengan nasi memang tak pandang lauk lain lagi dah.

 

RESEPI RENDANG CILI API SOTONG

Sotong ni kalau masak rendang lebih menarik dipotong bulat-bulat. Cantik bila gaul dalam seladak rendang. Namun terpulanglah pada anda kalau nak masukkan seekor-seekor. Ikut ciratarasa masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan kisar:
  • 3 ekor sotong saiz besar (xl) – potong bulat-bulat
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • 15 tangkai cili padi (ikut kepedasan yang anda suka)
Bahan lain:
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam keping
  • 1/3 santan kotak (campurkan dengan sikit air nanti)
  • Garam secukup rasa
  • 2 helai daun kunyit (dimayang halus)
Cara masak rendang cili api sotong:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Tumis bahan yang telah dikisar sehingga garing dan naik aromanya.

▶️ Kemudian masukkan santan, asam keping dan kerisik. Masak sehingga terbit minyak.

▶️ Perasakan dengan garam secukup rasa.

▶️ Biarkan sehingga dapat tahap kepekatan kuah/seladak rendang yang anda inginkan.

▶️ Akhir sekali masukkan sotong dan daun kunyit yang telah dihiris. Gaulkan.

 

BACA JUGA: Resepi Daging Masak Palembang Mudah Dan Sedap. Seakan Rendang, Tapi Lebih Wangi Sebab Kaya Dengan Rempah.

 

▶️ Agak-agak sotong dah masak, boleh terus tutup api.

▶️ Sedia untuk dihidang.

Anda yang suka makanan seafood macam sotong ni, lepas ni boleh cuba buat rendang pula. Rendang ni nak ikutkan ada macam-macam style. Ada juga masak dengan rempah dan cili kering.

Kalau anda nak cuba dua-dua versi pun boleh je. Rendang cili api ni antara ramai yang suka sebab tahap pedas dan kesedapannya. Begitu juga versi lagi satu yang ada kelebihan wangian rempah. Semuanya ikut citarasa anda.

Lepas ni kalau nak kan kelainan masakan rendang, bolehlah cuba resepi rendang cili api sotong ni pula. Pasti anda sekeluarga menyukainya. Jangan lupa cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.