pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Rendang Daging Nogori. Antara Rendang Paling Senang Nak Masak, Tapi Rasa Cukup Padu.

0 7,608

Sebut je masakan nogori, teringat masak lomak cili api. Selain lauk masak lemak, masakan rendang pun tak kurang juga hebatnya. Memang orang nanti-nantikan untuk masak tiap kali hari raya. Salah satunya ialah resepi rendang daging nogori.

Sekarang ni dah tak macam dulu. Nak makan rendang ni tah payah tunggu raya dah. Nak makan hari biasa pun boleh juga. Makan dengan nasi putih atau pulut kuning cukup sedap dan menyelerakan. Rendang daging nogori antara masakan rendang paling sedap anda boleh buat.

Rasanya dah ramai yang tahu yang masakan lemak atau rendang Negeri Sembilan ni memang tak menggunakan bawang dan rempah. Sebab itulah rendang nogori ni antara paling senang untuk dimasak. Itu pun dah cukup sedap dengan rasa lemak wanginya.

Yang penting gunakan santan yang banyak dan lebih sedap jika gunakan santan segar. Nak masak rendang ni terpulang pada anda kalau suka yang berair sikit atau lebih kepada seladak.

Macam mana cara masaknya pun, ramuan rendang ni sedap bila digaulkan dengan nasi. Janji cukup rasa lemak dan pedasnya. Jom lihat perkongsian resepi rendang daging nogori dari Shida Ambok ni.

 

RESEPI RENDANG DAGING NOGORI

Masakan Negeri Sembilan ni terkenal dengan rasa pedasnya. Sebab tu selalu dimasak dengan cili padi yang lebih. Namun terpulang juga pada anda. Kalau jenis tak boleh pedas, boleh adjust kuantiti cili padi yang dimasukkan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 kilo daging
  • 500 gram santan
  • 4 batang serai
  • Segenggam cili api kampung
  • 1.5 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 paket kerisik
  • 2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
Cara masak rendang daging nogori:

▶️ Potong dadu daging saiz sebesar ibu jari.

▶️ Kemudian rebus dengan paras air menutupi daging.

▶️Rebus sehingga airnya kering.

▶️ Kisarkan cili api, lengkuas, kunyit hidup dan serai.

▶️ Kemudian leburkan dalam daging tadi.

▶️ Terus kacau sebati.

▶️ Biarkan sehingga kering.

▶️ Selepas dah kering sikit, masukkan santan. Sebaiknya pakai santan asli. Kalau tak ada sangat boleh pakai santan kotak.

▶️ Kacau sehingga sebati dan santan kelihatan kering.

▶️ Kemudian masukkan kerisik. Kacau sampai kering lagi.

▶️ Renihkan kuah sehingga kering ni agak lama sikit. Jangan lupa sentiasa kacau.

▶️ Perasakan dengan garam.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Resepi Rendang Ayam Perak Yang Marvellous. Rahsia Nak Dapatkan Rendang Yang Sedap!

 

Hidangkan dengan nasi panas memang sedap. Masakan rendang Negeri Sembilan ni walaupun sikit je bahan tapi sedap sampai makan bertambah-tambah. Lagi-lagi dimasak lama sebab ramuan akan lebih sebati.

Sama juga dengan rendang ayam. Rasanya tetap padu. Kalau anak-anak tak makan daging, boleh buat rendang ayam untuk mereka. Dan boleh buat kurang pedas sikit.

Yang penting, kalau anda nak cuba rendang yang mudah dan senang untuk dimasak, bolehlah cuba resepi rendang daging nogori ni. Rasai sendiri nikmatnya makan rendang ni. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.