Segalanya Tentang Makan..

Resepi Rendang Daging Rempah Simple, Tapi Sedap Tak Terkata. Resepi Orang Kampung.

0 4,807

Rendang daging, rendang ayam, rendang kerang. Tak kira rendang apa pun, kalau dah nama rendang rempah style masak orang kampung, mesti buat kita teruja kan. Terbayang makan dengan pulut kuning atau ketupat pulut hitam.

Masakan rendang ni cukup istimewa dalam kalangan orang Melayu. Dan hari ni saya nak kongsikan resepi rendang daging rempah simple dari Cik Puan Julieta.

Resepinya buat kita telan air liur. Penuh dengan ecak rendang, warnanya pun cantik dan menyelerakan. Kalau cari resepi rendang daging sedap dan cukup rasa rempahnya, anda boleh ikut resepi ni.

Kalau buat rendang daging ni perlukan kesabaran sikit sebab proses masaknya agak lama. Perlu mereneh sehingga daging lembut dan kuahnya pekat. Barulah betul-betul rendang.

Tapi sangat berbaloi kalau lama-lama kat dapur pun. Hasilnya terbaik dan menangkap selera. Penyediaan bahan pun tak lah susah mana. Jom kita lihat resepinya.

 

RESEPI RENDANG DAGING REMPAH

Kalau buat rendang ni biasanya lagi sedap kalau masak dengan daging batang pinang sebab teksturnya lebih lembut dan cepat empuk.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A:

  • Biji ketumbar 1 sudu besar
  • Jintan putih 1 sudu besar
  • Jintan manis 1 sudu besar
  • Lada hitam ½ sudu besar

Kesemua bahan-bahan ni perlu disangai dulu di atas api yang perlahan, dan kisar pakai blender kering sehingga halus.

 

Bahan-bahan lain:
  • Daging batang pinang 1 kilo yang dah siap dicuci bersih dan dipotong kecil
  • Bawang putih 4 ulas
  • Bawang merah 4 biji
  • Bawang besar 1 labu
  • Halia 2 inci
  • Kunyit hidup 2 inci
  • Lengkuas 2 inci
  • Serai 4 batang
  • Cili kering 15 tangkai (rebus siap-siap)
  • Kerisik 3 sudu
  • Santan pekat segar ½ kilo
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Rempah kari daging 1 sudu besar
  • Asam gelugor 1 keping
  • Gula melaka 2 ketul
  • Daun kunyit yang diracik halus

Cara masak rendang daging rempah:

▶️ Mula-mula kisar dulu bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia, kunyit hidup, serai, lengkuas dan cili kering.

▶️ Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang dah dikisar tadi sehingga naik bau.

▶️ Masukkan pula bahan A yang siap dikisar kering awal-awal tadi.

▶️ Seterusnya masukkan rempah kari daging dan kacau sehingga sebati. Tumis kesemuanya sehingga naik minyak.

▶️ Kemudian masukkan daging dan gula melaka untuk bagi rasanya seimbang.

▶️ Masak seketika sampai air daging kering. Renehkan sehingga daging lembut.

▶️ Seterusnya masukkan santan, asam gelugor dan kerisik.

▶️ Masak sehingga pekat, dan kemudian perasakan dengan garam dan kacau sebati.

▶️ Akhir sekali taburkan daun kunyit yang diracik halus dan boleh padamkan api.

Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Daging Kerutuk Sedap, Original Dari Kelantan. Memang Padu Kuahnya!

 

Boleh tergoda tiap kali masak rendang daging rempah ni. Masa menumis, boleh bau wangi rempah sebab kita sangai dulu sebelum kisar tu.

Dan bahan-bahan kisar lain seperti bawang tu lagi banyak lagi sedap. Sebab lebih berperasa kuah ecak rendang tu. Nikmat sungguh kalau dicicah dengan lemang dan pulut.

Sebab tu rendang rempah ni sesuai dimasak waktu hari raya atau dihidangkan dengan pulut kuning dan pulut hitam.

Bagi yang mencari resepi rendang daging rempah simple dan sedap, bolehlah ikut resepi ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.