https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

giok77

nexus slot

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Rendang Ikan Berkuah Super Marvelous. Resepi Simple Dan Sangat Mudah!

0 1,364

Kalau sebut rendang je, kita sinonim dengan rendang ayam dan daging. Paling tidak pun sesekali cuba rendang kambing, atau rendang kerang. Jarang-jarang sekali masak rendang ikan. Sebenarnya sedap juga buat resepi rendang ikan berkuah pekat dan berlemak ni.

Lagi sedap bila dimasak pedas-pedas. Bila makan kuahnya digaul dengan nasi, terasa sedap dengan manis lemak dan aromanya. Rendang ni memang masakan tradisi yang tak dapat ditinggalkan. Buatlah masak dengan apa pun, tetap kena dengan citarasa.

Perkongsian resepi rendang ikan berkuah kali ni dari Hana A Razak. Resepinya ringkas je sebab tak menggunakan bahan yang banyak, malah tiada penggunaan pelbagai rempah.

Tapi kalau sekali anda cuba mesti jatuh cinta sebab cara masak sebegini lebih kepada rendang versi kampung. Kalau dulu-dulu memang tiada penggunaan bahan rempah yang banyak.

Cukuplah sekadar bawang, serai, dan santan sebagai bahan asasnya. Dan campurkanlah beberapa helai daun kunyit untuk menambahkan lagi aroma rendang. Itu pun dah cukup sedap dan menambat selera.

 

RESEPI RENDANG IKAN BERKUAH

Kalau nak kan rasa yang lebih sedap, ikan tu sebelum dimasak rendang, gorengkannya dulu separa garing. Hasilnya sedap bila dimasukkan ke dalam kuah rendang nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ikan (tak kira ikan jenis apa)
  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Cili kisar 3 sudu
  • Serai 1 batang
  • Bawang besar 1 biji
  • Santan
  • Gula
  • Garam secukup rasa
  • Daun kunyit beberapa helai
  • Air asam

Cara masak rendang ikan berkuah:

▶️ Mula-mula cuci bersih ikan, dan lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam sedikit.

▶️ Gorengkannya dengan minyak betul-betul panas sehingga separa garing. Angkat dan ketepikan.

▶️ Keluarkan minyak goreng ikan tadi dan tinggalkan sikit untuk menumis.

▶️ Masukkan bawang merah dan bawang putih yang dihiris. Tumis sehingga keperangan dan naik baunya.

▶️ Kemudian masukkan cili kisar 3 sudu. Rasa pedasnya sedang elok je. Namun kalau nak kurang atau lebih pedas boleh adjust kuantitinya. Dan kalau ikannya banyak, boleh masukkan lebih.

▶️ Tumis cili sehingga garing dan pecah minyak.

▶️ Seterusnya masukkan air asam jawa.

▶️ Masukkan serai yang dah dititik. Sepatutnya dimasukkan awal semasa menumis bawang tadi. Tapi kalau terlepas, boleh juga masukkan waktu ni.

▶️ Kemudian masukkan sedikit gula perang untuk seimbangkan rasa dan nak bagi warna lebih cantik.

▶️ Tuangkan santan sedikit. Tapi kalau anda suka pekat boleh masukkan lebih. Ikut tahap pekat mana anda suka.

▶️ Masukkan air sedikit. Kacau sebati dan biarkan ianya mendidih.

▶️ Selepas tu masukkan ikan yang dah digoreng dulu tadi.

▶️ Nak kan bau dan aroma rendang lebih wangi, masukkan daun kunyit yang dicarikkan.

▶️ Kemudian perasakan dengan garam secukupnya.

▶️ Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar untuk lebih menarik dan rasa manis bawang.

 

BACA JUGA: Resepi Rendang Sotong Sumbat Telur. Tak Sangka Sedap Gila. Wajib Cuba!

 

▶️ Biarkan mendidih sikit lagi kuah, dan lepas tu boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

Kalau anda nak kan kuah yang lebih pekat dan kering sikit, boleh renehkan lama sikit baru padamkan api. Sebenarnya kalau masak lagi lama, kuahnya lagi pekat dan berasa. Sedap bila makan dengan nasi atau cicahkan dengan pulut.

Resepi simple dan ringkas bahannya ni kadang-kadang lebih menangkap selera berbanding yang ada pelbagai rempah. Bagi yang nak masak rendang santai-santai tu, bolehlah cuba resepi ni!

Leave A Reply

Your email address will not be published.