Warning: fopen(/tmp/d4b5c7a15fcdd854592dca0209ffcb3f-R3uwZe.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/d4b5c7a15fcdd854592dca0209ffcb3f-R3uwZe.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Sambal Berapi Ikan Tongkol, Rasa Lemak Dengan Campuran Santan! Rugi Tak Cuba.

0 1,300

Pernah tak anda makan sambal yang ada dimasukkan sikit santan? Sedap sebenarnya resepi ni dan ada rasanya yang tersendiri. Sambal yang pedas-pedas tu akan rasa sikit berlemak. Untuk sambal bersantan kali ni ialah resepi sambal berapi ikan tongkol yang dikongsikan oleh Rosma Ros.

Sambal kali ni lebih padu sebab dimasak dengan cili api. Tahu je lah sambal cili api ni kalau dibuat pedas-pedas dengan tambahan rasa lemaknya tu, memang sedap jadi pembuka selera dimakan dengan nasi putih panas.

Kalau masak dengan ikan apa sahaja pun sebenarnya boleh je. Masih sangat sedap, janji ikannya digoreng garing sebelum digaulkan dalam masakan sambal.

Dan untuk sambal pula, ianya akan kelihatan berkuah atau banjir. Tapi bukanlah hanya kuah sambal biasa semata, sebab itu ialah hasil dari bahan santan yang dimasak sehingga pekat dan pecah minyak.

Bayangkan kalau gaul sambal ni dengan nasi, sah-sah memang tak pandang lauk lain lagi dah. Silap-silap makan sampai bertambah 2-3 pinggan.

 

RESEPI SAMBAL BERAPI IKAN TONGKOL BERSANTAN

Bahannya sebenarnya simple je macam masak sambal cili api biasa. Cuma ditambahkan santan untuk rasa lemak. Selain tu dimasukkan juga sos cili sebagai penambah rasa dan untuk warna sambal kemerahan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ikan tongkol (ikut nak banyak mana)
  • Cili api 15 biji
  • Cili besar merah 3 biji
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Belacan 1 inci
  • Kunyit serbuk ½ sudu makan
  • Asam keping
  • Sos cili 4 sudu makan
  • Santan ½ cawan
  • Gula
  • Gula merah 1 sudu makan
  • Garam
  • Pati bilis
  • Perasa (jika suka)

Bahan hiasan:
  • Bawang besar 1 biji (potong bulat)
  • Cili besar merah 1 biji (potong serong)
  • Cili api 4 biji (belah 2)
Cara masak sambal ikan tongkol:

▶️ Ikan perlu digoreng dulu.

▶️ Cuci bersih ikan dan lumurkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.

▶️ Goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

▶️ Dengan minyak goreng ikan tadi, panaskannya semula.

▶️ Kemudian goreng bawang besar, cili api, cili besar, bawang putih dan belacan sehingga layu.

▶️ Kemudian masukkan ke dalam blender termasuk sekali dengan minyak dan sedikit air (masukkan minyak sekali sebab nak hancurkan biji).

▶️ Kisarkannya sehingga hancur.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan bahan yang dikisar tadi.

▶️ Tumis sehingga terbit minyak, dan masukkan garam, gula, gula merah dan pati bilis.

▶️ Kacau sebati dan biarkan sambal masak sekejap.

▶️ Kemudian masukkan santan, asam keping dan juga sos cili.

▶️ Kacau sebati dan biarkan pecah minyak.

▶️ Masukkan ½ cawan air dan biarkan mendidih lagi dan pecah minyak.

▶️ Akhir sekali masukkan ikan yang dah digoreng tadi dan juga bahan hiasan.

▶️ Kacau sekata, dan masak sampai bahan hiasan layu dan minyak timbul.

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Padu Dengan Isi Tersembur. Rasa Pedas, Masam, Manis.

 

▶️ Boleh rasa dulu. Kalau ada kurang perasa boleh adjust.

▶️ Dah masak, boleh padamkan api.

Hidangkan dengan nasi panas memang cukup menyelerakan. Rasa sambal ni seimbang dengan rasa pedas, masam, manis dan berlemak.

Kalau nak tambah bahan hiasan lain lagi seperti lobak merah dipotong dadu dan sebagainya boleh juga. Ikut selera masing-masing.

Sambal yang dimasukkan santan ni memang dah ramai orang buat sebenarnya. Tapi mungkin belum pernah cuba resepi sambal berapi ikan tongkol yang super sedap ni. Bila sambal dah sebati dengan ikan, memang cukup menyelerakan. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.