https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Sayur Campur Berkuah Chinese Style. Sedap Sangat Dengan Sayurnya Rangup Dan Segar!

0 11,390

Bila makan nasi, makanlah apa-apa lauk sekali pun. Bagi penggemar sayur, tak sah rasanya kalau tak ada sayur sebagai lauk sampingan kan. Tak lengkap rasanya. Kalau anda nak masak lauk sayur yang tak terlalu masak dan lembik, resepi sayur campur berkuah Chinese style ni lah yang paling sedap.

Lepas dimasak, sayurnya masih segar dan rangup. Dan kuahnya pun pekat cukup berasa. Sedap bila makan dengan nasi. Kalau buat lauk sayuran ni sebagai menu utama pun sesuai sangat. Boleh menaikkan selera.

Resepi ni dari Puan Maryam Hussain. Dalam lauk sayur campur ni ada dimasukkan udang sebagai rencahnya. Bahan-bahan yang digunakan pun semua simple je. Mudah sangat nak buat.

Sayuran paling sedap untuk rasa rangup kebiasaannya ialah sayur brokoli, lobak merah, dan baby jagung. Ikut selera anda juga sebenarnya nak letak sayuran apa. Ada juga yang suka masukkan cendawan. Ikut citarasa masing-masing.

Lepas tu buatlah kuahnya sedikit pekat. Masakan Chinese style memang begini caranya. Lagipun, kena pada tekak sebab kalau kuah cair, tak sesuai untuk masakan sayur campur. Jom kita lihat resepinya.

 

RESEPI SAYUR CAMPUR BERKUAH CHINESE STYLE

Nak pekatkan kuah sayur campur ni, letakkan bancuhan air tepung jagung di dalamnya. Tapi jangan terlalu banyak sebab kuah sayur campur ni tak lah begitu banyak.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Bawang putih 3 ulas
  • Udang 5-7 ekor
  • Cili besar 1 biji (atau nak letak cili padi pun boleh)
  • Sos tiram 1 sudu
  • Bebola ikan

  • Brokoli
  • Lobak merah
  • Baby jagung
  • 1 sudu air tepung jagung

Cara masak sayur campur berkuah Chinese style:

▶️ Mula-mula rebuskan dulu semua sayuran lebih kurang dalam 5 minit sehingga lembut. Kemudian ketepikan.

▶️ Panaskan minyak zaitun 1 sudu dalam kuali, kemudian masukkan bawang putih yang dicincang. Tumis sehingga naik bau.

▶️ Kemudian masukkan cili merah yang dihiris kecil.

▶️ Masukkan juga sos tiram dan air sedikit. Kacau sehingga sebati.

▶️ Seterusnya masukkan udang. Dan biarkan sehingga masak.

▶️ Kemudian masukkan bebola ikan. Kalau nak letakkan cendawan, boleh masukkannya waktu ni.

▶️ Selepas tu perasakan dengan garam dan gula.

▶️ Masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekatkan kuah.

▶️ Biarkan mendidih dan sehingga kuah tu pekat, bolehlah padamkan api.

▶️ Letakkan sayuran yang direbus tadi ke dalam pinggan, dan tuangkan kuah ni ke dalamnya.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Sambal Tempe Dan Ikan Bilis Rangup Dan Sedap. Bahan Simple Je!

 

Sedap dan berselera bila tengok sayur campur ni. Selalu tengok sayur ni hidangannya hijau je. Bila tengok sayur campur, lagi berselera sebab jadi warna warni. Ada sayur hijau, kuning baby jagung, lobak merah dan hijau cili.

Kalau tak cukup dengan tu, boleh pandai-pandai tambah sayuran apa lagi kita suka ikut kesesuaian. Memang terbaik resepi sayur campur berkuah Chinese style ni. Sedap dan simple. Jangan lupa mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.