pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Siakap Stim Ala Thai, Masam Manis Dan Sedap Macam Restoran Thai!

0 879

Masak siakap stim ni ada pelbagai resepi dan versi. Biasanya yang paling digemari ialah siakap stim limau ala Thai dan satu lagi ialah stim asam boi. Kedua-duanya ada rasanya yang tersendiri tapi masih ada rasa masam manis sebagai simbolik masakan stim ala Thai.

Kalau makan kat kedai Thai tu, tak sah kalau tak order siakap stim ni. Kuahnya sangat sedap dan padu yang buatkan sedap bila dihirup. Cukup berasa dengan gabungan rasa masam, manis dan wangi. Sebab tu dah semakin ramai orang buat siakap stim ala Thai sendiri di rumah.

Baru puas makan di rumah dengan keluarga. Sebenarnya nak buatnya senang je. Dan kosnya tak begitu mahal pun. Salah satu resepi siakap stim ala Thai yang anda boleh buat ialah dari resepi Asrinna Bakri ni.

Kuahnya dibuat cukup lengkap dengan rasa masam, manis dan pedas. Dan yang buatkan berbeza dengan resepi lain, dalam kuah dicampurkan sedikit tepung jagung untuk pekatkannya lagi mengikut citarasa.

Kalau kebiasaannya tak dimasukkan tepung jagung pun. Tapi bila dimasukkan dan pekat sikit kuahnya, sedap juga untuk dinikmati.

 

RESEPI SIAKAP STIM ALA THAI

Orang kata masakan siakap stim ni boleh dikatakan menu sihat juga sebab hanya kukus dan tak menggunakan minyak.

Tambahan lagi dalamnya ada bahan seperti serai, limau dan halia yang sesuai untuk sistem badan bagi yang sedang berdiet. Jadi, tak kisah kalau kerap buat masakan siakap stim ala Thai ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ikan siakap 1 ekor (siap disiang dan dicuci)
  • Serai 2 batang dititik
  • Bawang putih 3 ulas
  • Bawang holland/besar 1 biji
  • Halia dihiris
  • Daun ketumbar
  • Cili padi dihiris (ikut kepedasan mana anda nak)
  • Limau nipis (ambil jus sahaja)
  • Sos ikan atau nampla
  • Gula kabung
  • Serbuk pati ayam
  • Sikit tepung jagung untuk pekatkan kuah (tak nak letak pun tak apa)

Cara buat siakap stim ala Thai:

▶️ Mula-mula siang, bersihkan dan kelar ikan supaya senang masak. Ketepikan.

▶️ Tumbuk bawang putih dan gula kabung.

▶️ Kemudian masukkan serbuk pati ayam, jus perahan limau, sos ikan (nampla) dan juga sedikit garam.

▶️ Gaulkannya sebati. Kemudian rasa, yang mana kurang boleh tambah. Perlu sekata rasa masam, masin dan manis.

▶️ Sumbatkan serai yang diketuk ke dalam perut ikan.

▶️ Taburkan cili padi dihiris, halia hiris, daun ketumbar dan bawang holland atas ikan.

▶️ Dan curahkan bahan tumbuk tadi pada ikan.

▶️ Panaskan pengukus, kemudian kukus ikan selama 15-20 minit atau sehingga masak.

▶️ Cara nak tahu ikan dah masak, boleh kuiskan ikan dengan garfu pada bahagian yang dikelar. Kalau mudah tertanggak, bermakna ikan dah masak.

▶️ Sedia dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Tomyam Goong Ori Ala Thai. Cukup Rasa Masam, Manis, Pedas Dan Lemak Berkrim. Wajib Cuba! 

 

Makan dengan nasi putih panas dah cukup menyelerakan. Lagi sedap kalau makan kuahnya banjir. Rasanya cukup lengkap dan padu.

Rasa ikan siakap tu sendiri dah sedap dengan rasa manis ikan. Bila disebatikan dengan kuah stim ni, lagi bertambah naik rasa dia.

Hidangkan siakap stim ala Thai ini sekali dengan sambal belacan dan sikit ulaman. Dah cukup membangkitkan selera. Nak rasakan kenikmatannya, jangan lupa cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.