pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Sotong Masak Hitam Sedap Dan Mudah. Cukup Rasa Pedas Manisnya!

0 1,716

Setelah banyak kali dengar tentang resepi sotong masak hitam ni, akhirnya terasa pula nak membuatnya. Selama ni terfikir macam mana cara masak sotong hitam ni. Adakah sotong masak kicap, atau masak black pepper?

Resepi sotong masak hitam ni sebenarnya ada macam-macam versi orang buat. Antara salah satunya ialah masak pedas yang dicampurkan dengan dakwat hitam sotong.

Ramai yang takut nak cuba, sebab sesetengahnya kata hukum makan dakwat sotong ni haram. Namun kalau ikut pandangan mufti, hukumannya adalah harus. Sebenarnya boleh je dimakan.

Resepi sotong masak hitam ni dikongsikan oleh Amelia Tamby Hussin. Simple je sebenarnya cara memasaknya. Ada rasa pedas-pedas manis.

Selalunya masakan ni sedap dijamah kalau kuah hitamnya tu banyak ecak menyeliputi sotong. Kuahnya tu pula tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Sedap bila digaulkan dengan nasi.

 

RESEPI SOTONG MASAK HITAM

Cara masak sotong hitam ni gunakan bahas asas biasa sahaja yang ditumiskan pada awal masakan. Masa akhirnya tu baru dipicitkan dakwat hitam sotong dan digaulkan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Bawang putih 5 ulas
  • Bawang merah kecil 5 biji
  • Halia sedikit
  • Lengkuas sedikit
  • Serai sebatang dipotong kecil
  • Kunyit hidup sedikit
  • Belacan sedikit
  • Buah keras 5 biji
  • Cili kering yang dah siap direbus dan dikisar
  • Gula (sedap pakai gula melaka atau gula merah)
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Dakwat sotong
  • Sotong

Cara buat sotong masak hitam:

▶️ Mula-mula kisarkan bawang putih, bawang merah kecil, halia, lengkuas, serai, kunyit, belacan, dan juga buah keras. Kemudian ketepikan.

▶️ Selepas tu kisar pula cili kering.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan bahan-bahan yang dah dikisar tu dan tumis sehingga naik bau dan garing.

▶️ Seterusnya masukkan pula cili kisar dan sambung tumis lagi sehingga garing.

▶️ Setelah dah naik minyak, masukkan sotong dan kacau sekata dan bagi sotong masak.

▶️ Masukkan pula air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

▶️ Akhir sekali picitkan dakwat hitam sotong untuk keluarkan warna hitam. Dan kacau sebati.

▶️ Dah siap boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Sambal Sotong Kembang Sedap Dan Mudah. Sedap Dimakan Dengan Nasi Lemak Dan Nasi Putih!

 

Wahh, wangi dan berperasa bila makan kuah ecak sotong masak hitam ni. Sebab segala bahan-bahannya kita kisarkan dulu sebelum ditumis. Lagi-lagi bila kita kisarkan serai dan buah keras tu. Rasanya akan lebih naik.

Kalau anda suka pedas, boleh lebihkan lagi cili kisar. Begitu juga kalau nak manis, boleh adjust gula merah yang dimasukkan.

Makan sotong masak hitam dengan nasi panas-panas bersama dengan ulaman, memang lebih nikmat. Bolehlah lepas ni masak untuk hidangan keluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.