Segalanya Tentang Makan..

Resepi Sotong Masam Manis Berkuah Pekat. Makan Dengan Nasi Putih Panas-Panas Cukup Sedap!

0 2,500

Masakan masam manis atau selalu kita panggil sweet sour ni memang makanan legend. Kalau ibu-ibu selalu dilema fikir nak masak apa untuk keluarga, apa kata sesekali masak resepi sotong masam manis berkuah pekat ni untuk hidangan sekeluarga!

Kalau asyik selalu masak sambal atau gulai je muak juga kan. Sotong masam manis ni sedap kalau makan dengan nasi putih, malah nak makan dengan nasi goreng pun menyelerakan juga. Kuahnya yang pekat buatkan sedap bila gaulkan dengan nasi.

Nampak macam mudah cara buatnya. Tapi mengikut resepi Hana A Razak ni, resepi beliau ada penambahan beberapa bahan yang mungkin tak sama macam resepi orang lain yang mampu membangkitkan lagi selera.

Kalau dapat makan kuahnya ni, memang confirm makan sampai licin. Sebab kuahnya yang pekat ni bukan je cukup berasa, malah ada juga aroma wangi.

Ini kalau dihidangkan untuk anak-anak dan suami, pasti mereka puji melambung-lambung tanpa henti. Jom kita lihat cara memasaknya.

 

RESEPI SOTONG MASAM MANIS BERKUAH PEKAT

Nak buat hidangan sotong berkuah ni, sebaiknya gunalah sotong yang bersaiz besar. Dan perlu ingat, kalau masak sotong ni jangan terlalu lama atas dapur tu. Ini membuatkan sotong menjadi liat dan tak sedap untuk dinikmati.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Sotong saiz besar dalam 5 ekor
  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang merah 3 biji
  • Cili kisar 2 sudu
  • Sos tomato 2 sudu
  • Sos cili 2 sudu
  • Halia kisar 1 sudu
  • Serai 2 batang
  • Nenas ¼ biji
  • Cili padi 5 biji
  • Capsicum
  • Daun limau purut
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara masak sotong masam manis berkuah pekat:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang dihiris ke dalamnya. Kalau nak blend pun boleh juga.

▶️ Kemudian masukkan serai dan tumis bahan-bahan ni sehingga garing dan naik bau.

▶️ Masukkan halia yang dah dikisar atau dihiris. Dan sambung tumis lagi sehingga wangi.

▶️ Lepas tu masukkan 2 sudu cili kisar. Kalau nak pedas, boleh masukkan lebih sikit.

▶️ Kacau sehingga sebati dan tumis sampai cili masak.

▶️ Kemudian masukkan sos tomato untuk rasa masamnya. Kalau nak masukkan air asam jawa pun boleh juga.

▶️ Ikut suka nak letakkan apa untuk rasa masam. Kalau nak masukkan asam keping pun boleh.

▶️ Lepas tu masukkan sos cili. Ni optional. Kalau tak nak masukkan pun tak apa.

▶️ Gaul sebati bahan-bahan ni dan masukkan air sedikit. Biarkan mendidih sekejap.

▶️ Tak perlu masukkan air yang banyak sebab nanti sotong akan keluarkan banyak air.

▶️ Masukkan gula perang sedikit.

▶️ Bila kuah tengah mendidih lagi, masukkan nenas yang dah dipotong dan juga cili padi.

▶️ Dan perasakan dengan garam pula.

▶️ Rasa dulu kuah, bila dah cukup berasa baru masukkan sotong ke dalam kuah.

▶️ Terus masukkan capsicum juga sebagai bahan sayuran. Kalau anda nak masukkan bahan lain seperti lobak merah atau kobis pun boleh. Ikut selera.

▶️ Kacau-kacau sotong dan bahan ni sehingga sekata.

▶️ Dan akhir sekali masukkan daun limau purut untuk naikkan lagi aroma.

▶️ Dah masak je sotong terus tutup api.

▶️ Boleh terus hidangkan!

 

BACA JUGA: Sotong Biskut Crackers Rangup Dan Sedap. Gunakan Biskut Crackers! Sedap Ala Sotong Goreng Tepung!

 

Apa lagi, kalau ada sotong kat dalam peti ais tu bolehlah terus buat menu ni. Tengok masakannya memang tak boleh tahan. Nampak sedap sungguh dan menyelerakan.

Walaupun resepi ni simple tapi nampak power sebab adanya campuran sayuran yang enak dan luar jangkaan seperti nenas dan juga capsicum tu. Rasa manis buah dalam kuah sebenarnya lagi sedap. Lepas ni bolehlah mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.