Segalanya Tentang Makan..

Resepi Sotong Sumbat Telur Terlajak Sedap! Rugi Kalau Tak Cuba!

0 713

Masakan sotong ni kebanyakannya mampu membuka selera kita sekeluarga. Tak kiralah sambal ke, gulai lemak ke, atau paling terliur sekali ialah resepi sotong sumbat telur ni. Hidangan ni memang terbaik dan cukup istimewa!

Nak tau kenapa istimewa? Sebab telur sumbat ni bukan kita masukkan telur ayam yang dimasak asing, lepas tu disumbatkan ke dalam sotong yang biasa orang buat tu. Malahan kita masukkan telur sotong sebenar yang frozen.

Sedap betul bila gigit sotong yang ada isi telur yang mampat dan kenyal. Yang membuatkan bertambah nikmat tu ialah kuah selupatnya yang dimasak cukup rasa pedas, manis, masam dan berlemak. Bila digaulkan pada sotong, boleh makan sampai menjilat jari!

Masak sotong sumbat telur ni sebenarnya senang je. Kalau nak tau macam mana, resepi yang mudah untuk diikuti ialah dari En Adnan Bin Mat Abu ni.

Isi telur sotongnya mampat. Dan kuah selupatnya nampak enak dan pekat. Tengok je pun dah buatkan kita terus nak cuba. Lagi-lagi bahannya nampak simple je.

 

RESEPI SOTONG SUMBAT TELUR

Kuah selupat sotong sumbat telur ni rasa berlemak sebab ada dimasukkan santan. Rasanya juga pedas sebab ada cili padi dan lada hitam. Ini yang membuatkan bertambah selera. Kalau anda suka pedas lagi, boleh tambahkan cili padi, begitu juga sebaliknya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Sotong besar 4 ekor
  • Telur sotong frozen
  • Pati santan 1 cawan
  • Santan cair 2 cawan
  • Lada hitam 1 sudu kecil
  • Halia 1 inci
  • Bawang kecil 2 ulas
  • Cili padi 5 biji
  • Gula keret ½ keping (atau gula melaka)
  • Asam keping 1

Cara masak sotong sumbat telur:

▶️ Mula-mula potong telur sotong dan sumbatkan ke dalam sotong.

▶️ Kemudian sediakan lidi mini dan cucuk pada hujung sotong untuk elakkan telur sotong terkeluar. Kemudian ketepikan.

▶️ Tumbuk bawang kecil, halia dan cili padi sehingga lumat.

▶️ Seterusnya panaskan periuk dan masukkan bahan tumbuk ni bersama dengan sotong sumbat tadi. Campurkan juga gula keret atau gula melaka dan santan cair.

▶️ Masakkan atas api sampai hampir kering.

▶️ Kemudian tumbuk lada hitam sampai hampir lumat.

▶️ Masukkan lada hitam tu ke dalam periuk bersama dengan pati santan dan asam keping pula.

▶️ Kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.

▶️ Teruskan reneh dengan api kecil sampailah masak dan terbit minyak.

▶️ Dah siap, boleh tutup api.

▶️ Dan sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Sotong Kembang Masak Kari. Resepi Ala Mamak Tak Menggunakan Santan.

 

Senang je kan. Resepi sotong sumbat telur ni nampak macam menu mewah sebab sotongnya besar dan padat pula isinya. Tapi sebenarnya bahan-bahan dan cara buatnya simple je.

Kalau sesekali nak tukar selera dari lauk sotong sambal, atau masak kicap dan gulai, bolehlah buat resepi sotong sumbat yang simple dan sedap ni. Pasti lepas tu akan repeat lagi. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.