pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Sup Tulang Merah Singapore Yang Paling Padu. Cukup Dengan Aroma Rempah Dan Pedas!

0 5,442

Pernah makan sup tulang merah Singapore? Mungkin ramai tak pernah rasa juadah ni. Kalau pergi ke Singapore tu, memang terkenal sup tulang merah ni. Di Malaysia memang susah nak jumpa sebab hanya beberapa tempat je yang menyediakan menunya. Yang sedapnya resepi sup tulang merah Singapore ni ialah kuahnya pekat dan cukup rasa aroma rempah, masam, manis dan pedas.

Makan dengan nasi putih biasa sedap. Tapi selalunya juadah ni dimakan dengan roti putih, roti benggali atau roti perancis. Kalau di Malaysia, selalunya sup tulang merah ni ada dihidangkan di beberapa restoran di Johor dan yang paling popular sekali masak dengan tulang gearbox kambing.

Disebabkan itu ianya juga dikenali dengan nama stew gearbox. Ada yang buat hidangan kuahnya bewarna merah pekat, dan ada juga yang merah keperangan. Walau macam mana cara masakan, sup tulang merah ni syaratnya kuah kena pekat, barulah sedap untuk dinikmati.

Sebenarnya ada banyak resepi dan cara masak juadah ni yang orang ramai kongsikan. Setiap cara masakan mungkin berbeza-beza ikut citarasa sendiri. Salah satu resepi yang anda boleh cuba ialah dari perkongsian Azlin Nordin ni.

Resepi ni cukup sempurna rasanya dengan rasa pedas, wangi dengan aroma rempah dan yang penting kuah pekat menyengat. Bukan takat cicah dengan roti, makan macam tu sahaja atau hirup kuahnya pun dah cukup menyelerakan. Buat seperiuk confirm cepat habis.

 

RESEPI SUP TULANG MERAH SINGAPORE

Orang kata nak buat masakan ni jangan kedekut bahan, terutamanya bahan rempah yang memberikan rasanya yang sempurna. Dan untuk resepi ni, kita masak dengan tulang gearbox kambing dan masukkan juga daging kambing kiub.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tulang gearbox kambing 1 kg
  • Halia 1 inci
  • Bawang putih 5 ulas
  • Bawang merah 6 biji
  • Cili boh 2 sudu
  • Serbuk ketumbar 2 sudu besar
  • Serbuk jintan putih 1 sudu besar
  • Serbuk jintan manis 1 sudu besar
  • Lada hitam 1 sudu besar
  • Pes tomato 1 tin kecil
  • Kulit kayu manis 1
  • Buah pelaga 10 biji
  • Bunga lawang 5 kuntum
  • Lobak merah 1 batang
  • Kentang 1 biji
  • Telur 1 biji
  • Gula merah 2 inci
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara masak sup tulang merah Singapore:

▶️ Mula-mula rebuskan gearbox dan daging kambing tadi sehingga empuk. Siapa ada pressure cooker, boleh gunakannnya. Selepas rebus, ambil air rebusan siap-siap untuk dimasukkan ke dalam tumisan nanti.

▶️ Dalam tengah merebus tu, masukkan bawang putih, bawang merah, halia, tomato puree, segala serbuk rempah dan cili boh dalam blender.

▶️ Masukkan air sedikit ke dalam blender dan kisarkan bahan-bahan tersebut.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis sampai naik bau.

▶️ Selepas tu masukkan bahan yang dah dikisar tadi.

▶️ Kemudian masukkan garam dan gula dan kacau sehingga sebati.

▶️ Tumis sehingga garing dan terbit minyak.

▶️ Kemudian masukkan gula merah dan gaul sehingga sebati.

▶️ Dan selepas tu masukkan air rebusan tulang tadi ke dalamnya.

▶️ Dalam pada nak mendidihkan kuah, masukkan lobak merah dan kentang.

▶️ Biarkan mendidih sehingga kentang dan lobak merah lembut.

▶️ Semasa kuah tengah mendidih, pecahkan telur dan kacau cepat-cepat telur tu.

▶️ Biarkan kuah dan bahan semua sebati dan sekata. Kalau anda suka kuah lagi pekat, boleh biarkan lagi mendidih sehingga kuah sedikit kering. Manakala kalau suka kuah lebih, tak perlu didihkannya lama.

▶️ Dah siap, boleh padamkan api.

▶️ Dan sedia untuk dihidangkan! Kalau nak, taburkanlah sikit hirisan kobis untuk hiasan.

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Merah Masak Cuka. Sedap Rasa Kuah Masam Dan Beraroma. Confirm Hirup Sampai Licin!

 

Sedapnya bila kuah pekat dan cukup berasa ni dihirup macam tu je. Sebab tu orang suka makan cicah dengan roti sebab roti ni ada rasa lemaknya dan lembut. Kombinasi roti dan kuah sup tulang merah ni memang cukup padu.

Yang untuk bahagian tulang pula, lagi nikmat kalau dapat hirup kuah dan sedut bahagian tulangnya untuk rasa yang lebih sedap. Lepas ni bolehlah jadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.