pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Telur Bumbu Kuning Pedas Indonesia. Sedap Lagi-Lagi Dimasak Kering Ala Rendang.

0 1,356

Kalau anda pernah dengar telur bumbu kuning pedas, ini ialah masakan yang berasal dari Indonesia. Memang salah satu masakan telur yang wajib anda cuba. Resepi ni kaya dengan bahan yang sedap dan wangi dan wajib dimasak pedas.

Itu ialah ‘trademark’ bagi masakan ni. Kena pedas! Kalau lihat bahan dan cara masakan memang buatkan kita terliur. Bila dah masak lauk ni tak perlu nak masak macam-macam lauk lagi dah. Menu ni satu je dah membangkitkan selera.

Kalau anda sejenis suka rendang, atau masak lemak, atau pun sambal. Mungkin ini kena dengan selera anda. Sesetengah orang suka masakan telur bumbu kuning ni dengan kuahnya seakan-akan masak lemak.

Namun ada sesetengah juga yang suka kuahnya lebih kering atau lebih seladak berbanding ‘berkuah’. Apa sahaja cara masakan janji kena dengan selera anda.

Bila dah masak menu ni kena ready teruslah nasi putih panas. Gandingan yang memang padu. Jom lihat perkongsian resepi dari Nurul Ateekah ni.

 

RESEPI TELUR BUMBU KUNING PEDAS

Biasanya kalau masakan dengan telur rebus ni lebih sedap kalau telur tu digoreng dulu. Goreng tak perlu lama pun. Cukup sekadar garing sikit je.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Telur 8 biji (direbus dan dibuang kulit)
  • Serai 1 batang (ketuk)
  • Cili padi hijau 10 batang
  • Lengkuas 3 cm dihiris
  • Tomato (dibelah)
  • 2 helai daun limau purut (dihiris)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • Santan fresh 700 ml
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • 1-1½ cawan minyak
  • Bawang besar 1-2 biji*
  • Bawang putih 4 ulas*
  • Halia 3 cm*
  • Kunyit hidup 3 cm*
  • Cili hijau 3 batang*
  • Cili padi hijau 10 batang*
  • Cili kering 7-10 batang*

Cara masak telur bumbu kuning pedas:

▶️ Mula-mula gunting cili kering dan rebus sampai lembut. Kemudian tos airnya dan bilas.

▶️ Kisarkan cili kering ni dengan bahan-bahan yang bertanda * di atas. Ketepikan.

▶️ Panaskan minyak lebih sikit dalam kuali.

▶️ Bila minyak dah betul-betul panas, goreng telur rebus dalam 1-2 minit je atau sehingga permukaan telur rebus sedikit garing. Lepas tu angkat dan ketepikan.

▶️ Dalam minyak yang sama, tumis bahan yang telah dikisar tadi sampai terbit minyak.

▶️ Kemudian masukkan santan dan gaul sebati. Renehkannya dengan api yang perlahan sampai kering sedikit.

▶️ Lepas tu masukkanlah bahan-bahan lain iaitu serai, lengkuas, cili padi hijau, tomato, daun limau purut dan daun kunyit.

▶️ Gaulkan lagi sampai kering dan pecah minyak.

▶️ Perasakan garam dan serbuk perasa.

▶️ Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi. Masakkan sekejap.

▶️ Dah siap, boleh angkat dan hidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Rendang Padang Indonesia Yang Sedap Dan Padu Dengan Aroma Rempah!

 

Lauk ni simple je. Telur rebus yang biasa tu pun boleh buat hidangan lauk yang sedap ala rendang yang sedap dimakan dengan apa sahaja sama ada nasi, roti, lempeng, cucur dan sebagainya.

Boleh buat ikut citarasa anda sama ada nak berkuah, kering, berlemak lebih atau pedas. Yang penting cukup bahannya.

Serius sedap telur bumbu kuning pedas Indonesia ni. Lepas ni bolehlah mencubanya. Hidangkan dengan nasi panas. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.