Segalanya Tentang Makan..

Resepi Terung Masak Sambal Berlado Simple Dan Sedap. Masak Kering-Kering, Gaul Dengan Nasi!

0 972

Sedapnya kalau makan terung masak berlado buat lauk makan tengah hari. Terung purple yang panjang ni memang sedap kalau buat masakan apa pun. Lagi-lagi buat sambal cili goreng kering yang pedas-pedas manis. Resepi terung masak sambal berlado ni mudah je nak disediakan.

Kalau dicampurkan dengan ikan bilis, lagi menambat selera. Dengan rasa terung yang lembut dan sambal yang cukup berasa, bila gaulkan dengan nasi tu buatkan kita bertambah selera. Hidangkan dengan nasi panas, pasti makan bertambah-tambah.

Terung ni sebelum dimasak dengan sambal perlu masakkannya dulu untuk bagi lembut. Biasanya kita goreng dulu terung tu. Tapi ikut resepi yang dikongsikan oleh Hana A Razak ni, terungnya dibakar untuk sikit kelainan.

Tak kira pun sama ada nak bakar atau goreng. Janji terungnya lembut sebelum disebatikan dalam sambal nanti.

Terung masak berlado ni lagi sedap kalau dimasak kering-kering dan pekat sambalnya. Cantik je bila dihidangkan dan nampak menyelerakan.

 

RESEPI TERUNG MASAK SAMBAL BERLADO

Terung jenis macam ni sebenarnya sedap kalau goreng macam tu je lepas tu hidangkan dengan sambal belacan. Itu pun dah cukup membangkit selera. Apatah lagi dimasak berlado.

Buat ibu-ibu kalau buntu nak masak sayuran apa untuk keluarga, bolehlah buat resepi ni. Mudah je.

Bahan-bahan perlu ada:
  • Terung panjang 4 biji
  • Cili kisar 3 sudu
  • Bawang kisar 1 sudu
  • Air asam jawa (boleh agak-agak)
  • Kicap
  • Garam secukup rasa
  • Gula perang sedikit
  • Ikan bilis (digoreng)

Cara buat terung masak berlado:

▶️ Bersihkan terung dahulu kemudian potong kecil-kecil.

▶️ Rendamkan dalam air supaya terung tak lebam atau bertukar warna.

▶️ Panaskan pan, lepas tu masukkan minyak sedikit.

▶️ Susun terung atas pan dan bakar sehingga masak dan lembut. Kalau nak goreng pun boleh juga.

▶️ Balik-balikkan supaya masak sekata.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng ikan bilis sehingga masak dan rangup. Lepas tu angkat dan toskan.

▶️ Dengan minyak yang sama, masukkan bahan bawang kisar dan tumis sehingga garing dan naik baunya.

▶️ Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga garing dan masak. Nak masukkan banyak mana pun ikut tahap kepedasan masing-masing.

▶️ Bancuh air asam jawa. Dan masukkan ke dalam kuali.

▶️ Masukkan pula kicap untuk warna sambal gelap sedikit dan lebih cantik.

▶️ Kemudian masukkan gula perang sedikit untuk seimbangkan rasa.

▶️ Kalau sambal nampak kering tu, bolehlah masukkan air sikit. Tapi kalau sukakan yang memang kering, tak perlu lagi tambah.

▶️ Masak sampai sambal tu lembap-lembap sebegini lagi cantik. Tak berapa kering dan tak berapa berair.

▶️ Lepas tu terus tutupkan api.

▶️ Masukkan terung yang dah dibakar tadi. Dan taburkan juga ikan bilis goreng.

▶️ Gaulkan sekata. Dah siap!

 

BACA JUGA: Resepi Terung Berlada Ala Thai. Sedap Dan Padu Dimakan Dengan Nasi. Wajib Cuba!

 

Hidangkan dengan nasi panas-panas. Kalau dah dapat lauk terung masak sambal berlado ni, confirm tak makan dengan lauk lain lagi dah. Sedap kalau menikmati terung sambal ni je.

Kalau anda tak nak gaulkan sambal dengan terung pun boleh. Curahkannya atas terung yang dah siap dibakar, lepas tu makan terung yang banyak selupat sambal. Lain sikit cara hidangan, tapi nikmatnya sedap tak terkata.

Jangan lupa cuba resepi terung masak sambal berlado ni. Buat pedas-pedas, barulah puas hati. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.