Segalanya Tentang Makan..

Resepi Tiyula Itum Atau Sup Daging Masak Hitam Sabah, Sedap Memukau. Sekali Rasa Confirm Repeat!

0 3,262

Wow teruja tengok resepi orang sabah yang nampak menyelerakan ni. Bagi orang semenanjung memang kebanyakannya tak tahu tentang resepi ni apatah lagi rasa. Betul tak? Orang sana sebut resepi ni tiyula itum atau dipanggil juga sup daging masak hitam.

Nama resepi ni susah juga nak disebut, mungkin sebab nama asalnya dari Filipina. Perkongsian resepi ni dari Ummi Hana, yang mana beliau dapat resepi ni dari ahli kelurga yang berasal dari suku kaum Bajau Suluk di Sabah. Resepi original gitu! Pasti sedap dan ada keistimewaannya.

Kalau tengok bahan-bahannya nampak simple je sebenarnya resepi ni dan tak susah untuk disediakan. Keunikannya mungkin pada cara masakan dan juga cara hidangannya.

Satu keunikan ketara pada resepi ni bila daging diperap dengan kelapa bakar serta dengan bahan-bahan wangi yang lain seperti halia, lengkuas, dan cili api. Hidangan daging akan jadi warna gelap atau hitam.

Kemudiannya dimasak style rebus untuk dijadikan hidangan sup. Sedap dan beraroma bila hirup kuah supnya. Memang buatkan kita terliur.

 

RESEPI TIYULA ITUM / SUP DAGING MASAK HITAM

Hidangan tiyula itum ni biasanya dimakan dengan nasi atau ada yang menghirup kuah dengan cawan. Macam-macam cara mereka menikmatinya.

Selain serai, lengkuas dan halia, bahan lain yang buatkan sedap kuahnya tu ialah kelapa bakar tu sendiri. Bagi kelapa bakar ni, terpulang pada anda sama ada nak tumbuk atau kisar sebelum gaulkannya pada daging untuk diperap.

Bahan-bahannya:
  • Daging + tulang 1 kilo (bersihkan dan toskan)
  • Isi kelapa ½ biji dibakar (kemudian kisar)
  • Serai 5 batang diketuk
  • Bawang putih 5 ulas diketuk
  • Bawang besar 1 labu dihiris
  • Asam keping
  • Garam secukupnya
  • Aji

Bahan tumbuk:
  • Lengkuas 12 inci
  • Halia 2 inci
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Cili api 10 biji

Cara penyediaan tiyula itum:

▶️ Mula-mula satukan daging dan tulang bersama dengan isi kelapa yang dibakar dan juga bahan-bahan tumbuk.

▶️ Gaulkan sekata dan perapkan sekejap.

▶️ Panaskan minyak sikit dalam kuali, dan masukkan bawang besar dan bawang putih.

▶️ Tumis sampai wangi dan agak garing.

▶️ Kemudian masukkan daging dan masak sekejap dalam 10 minit.

▶️ Masukkan pula serai dan masakkan lagi sekejap.

▶️ Lepas tu masukkan air secukupnya dan rebus daging sampai empuk. Kalau air berkurang boleh tambahkan sikit.

▶️ Masukkan asam keping, garam dan serbuk aji secukup rasa. Kacau sebati.

 

BACA JUGA: Daging Pad Kra Pao Atau Daging Cincang Pedas. Resepi Thai Yang Sedap Tiada Tandingan!

 

▶️ Didihkan hingga betul-betul masak dan naik aromanya.

▶️ Dah siap. Boleh dihidangkan!

Untuk mula-mula tu, terpulang sama ada nak tumis dulu atau nak rebus terus. Kedua-dua cara masak ni pun sedap, asalkan kuah nanti direnehkan lama untuk lebih sebati dan naik lagi rasanya.

Kuahnya yang wangi dan sebati dengan bau daging tu buatkan sedap dan menyelerakan. Makan panas-panas lagi sedap dan puas.

Resepi ni sebenarnya mudah je. Bahan-bahan biasa kita guna di dapur. Lepas ni bolehlah cuba resepi tiyula itum atau sup daging masak hitam orang sabah ni. Sesekali nak tukar selera apa salahnya. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.