Segalanya Tentang Makan..

Resepi Tomyam Campur Ala Thai. Lagi Pekat, Pedas Dan Masam Kuah Lagi Padu.

0 2,646

Kalau bawa keluarga makan luar je mesti cari kedai tomyam kan. Maklumlah tomyam ni sedap dengan rasa pedas-pedas masam. Makan dengan nasi panas memang menyelerakan. Sambil-sambil tu hirup kuah sampai licin. Lagi puas kalau dapat buat sendiri tomyam campur ala Thai ni.

Musim pandemik ni pun susah sekarang nak makan dengan keluarga di restoran. Kalau dah rindu tomyam Thai tu bolehlah buat sendiri di rumah. Lagi sedap kalau dapat masukkan apa sahaja bahan yang kita gemari. Kalau makan kat kedai tu kadang-kadang penuh dengan bawang je.

Kadang tu susah juga nak cari kedai tomyam yang sedap. Kalau anda nak cuba, boleh ikut resepi tomyam campur ala Thai yang dikongsikan oleh Maryam Hussain ni sebab cukup dengan rasanya.

Bila buat tomyam ni yang paling utama ialah kuah. Wajib ada rasa masam, masin, pedas, wangi. Kalau kurang, bukan tomyam Thai lah namanya.

Mudah je resepi ni. Tak ada proses tumis-tumis. Main campak-campak je bahan. Memang layan lagi-lagi hidangkan lengkap dengan telur dadar dan sayur kangkung ikan masin.

 

RESEPI TOMYAM CAMPUR ALA THAI

Masakan tomyam ni kalau lagi pekat, pedas dan masam rasanya tu lagi sedap. Tapi terpulang juga pada citarasa anda. Kalau anda suka yang tak pekat sangat pun boleh adjust ikut selera tekak masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 sudu pes tomyam Thai
  • 1 biji bawang holland
  • 2 biji limau nipis/kasturi
  • 2 batang serai
  • 1 sudu sos ikan (nampla)
  • Sedikit daun limau purut
  • Seinci halia
  • Seinci lengkuas
  • Batang ketumbar/sup
  • 2 biji cili (nak pedas boleh tambah)
  • 2 biji tomato
  • 1 batang lobak merah
  • 5-6 ekor udang
  • 1 dada ayam (dipotong dadu)

Cara masak tomyam campur ala Thai:

▶️ Mula-mula potong kecil-kecil dulu sayuran ikut saiz macam mana anda suka.

▶️ Potong ayam dan siang udang juga. Ketepikan.

▶️ Masukkan 2 cawan air dalam periuk atau pan. Nyalakan api.

▶️ Kemudian masukkan serai, bawang holland, batang ketumbar/sup, daun limau purut, lengkuas dan halia.

▶️ Tunggu sehingga air mendidih.

▶️ Bila dah mendidih dan wangi, masukkan udang dan ayam. Biarkan sehingga masak.

▶️ Masukkan lobak merah awal-awal supaya lembut.

▶️ Masukkan 1 pes tomyam Thai.

▶️ Masukkan juga sos ikan.

▶️ Jangan lupa perahan air limau nipis.

▶️ Biarkan mendidih. Masa ni anda boleh rasa. Kalau anda suka masam lagi boleh tambah perahan limau nipis.

▶️ Akhir sekali masukkan tomato.

▶️ Biarkan mendidih sekejap dan boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Resepi Kerang Rebus Sos Thai Bikin Terliur. Cukup Rasa Masam, Manis Dan Pedas!

 

Puas hati buat sendiri. Boleh letak berapa ekor udang anda mahu. Kalau suka, nak campur sotong dan sayuran lain pun boleh juga.

Kuah pun boleh buat masam atau pedas lebih ikut selera anda. Pastikan buat kuah tu lebih sikit baru sedap makan nasi dengan kuah tomyam banjir. Sambil tu boleh hirup-hirup.

Tomyam campur ala Thai ni serius padu kalau buat cukup rasanya. Nak buat pun mudah dan cepat je siap. Bolehlah buat hujung minggu nanti. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.