Segalanya Tentang Makan..

Resepi Udang Kari Panang Thai Sedap Dan Mudah. Tak Ada Masukkan Serbuk Kari Pun.

0 773

Masakan Thai ni sebenarnya ada banyak jenis. Tapi kita hanya familiar dengan masakan stim, tiga rasa dan kerabu Thai je kan. Jarang tahu masakan lain yang sedap juga. Antara yang boleh dicuba ialah resepi udang kari panang Thai ni. Ini ialah masakan kari mereka.

Kari Thai ni dipanggil panang, atau sebutan sebenarnya ialah phanaeng. Kari panang ni terkenal dengan kuah yang pekat, rasa masam-masam manis, pedas dan wangi. Memang berbeza dengan kari melayu. Pes karinya tu dibuat sendiri dengan pelbagai bahan dan rempah yang dikisar.

Kalau biasanya di sana, kari panang Thai ni dimasak dengan daging atau ayam. Yang vegetarian pula selalu masak dengan gantikan daging kepada sayuran atau tauhu. Tapi kali ni untuk resepi yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah ni masak dengan udang pula.

Udang ni ada bau dan manis udang yang sedap bila dimasak kari. Lagi-lagi buat masak panang Thai ni. Unik resepinya sebab tak ada serbuk kari khas pun.

Kari panang dimasak menggunakan pes dari kisaran bahan-bahan termasuk bahan rempah, serai, bawang dan sebagainya. Jom lihat cara masaknya.

 

RESEPI UDANG KARI PANANG THAI

Kalau masakan Thai ni memang wajib ada sos ikan. Yang buatkan kuahnya sedap berlemak disebabkan oleh santan yang dimasak sehingga pekat.

Bahan-bahannya:
  • Udang (dicuci bersih)
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 kotak kecil susu santan
  • Daun ketumbar (sebagai hiasan)
  • Cili merah (hiasan)
  • Serbuk perasa 1 sudu kecil
  • Garam sedikit
  • Minyak masak 5 sudu besar
Bahan kisar (pes):
  • 10 batang cili kering (gunting dan rebus sampai lembut)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 batang serai
  • 2 batang akar daun ketumbar
  • 3cm lengkuas
  • 2 helai daun limau purut (ambil daun sahaja. Buang tulang tengah daun tu)
  • 2 sudu besar kacang gajus/kacang santong
  • 1 susu besar rata serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil rata serbuk jintan
  • 1 sudu besar rata serbuk belacan

Cara masak udang kari panang Thai:

▶️ Mula-mula kisar bahan-bahan kisar untuk jadikan pes.

▶️ Kisarkannya dengan ½ cawan air sehingga halus.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan bahan kisar ni.

▶️ Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.

▶️ Kemudian masukkan udang dan gaul sebati.

▶️ Biarkan masak sebentar dan sedikit kering.

▶️ Lepas tu masukkan santan dan kacau sebati.

▶️ Masukkan pula sos ikan.

▶️ Dan juga garam serta serbuk perasa. Gaul sekata dan biarkan masak sehingga sedikit pekat.

▶️ Dah masak, boleh angkat. Dan hiaskan dengan cili merah jika mahu.

 

BACA JUGA: Resepi Kerang Rebus Sos Thai Bikin Terliur. Cukup Rasa Masam, Manis Dan Pedas!

 

Kari panang Thai ni memang style masakannya pekat dan tak masukkan air. Itu buatkan sedap kalau makan dengan nasi, atau nak cicah dengan roti.

Tapi ikut selera masing-masing juga. Kalau sukakan pekat, boleh masukkan sikit air ikut kepekatan yang anda suka.

Memang sedap udang kari panang Thai ni. Ada rasa bahang-bahang pedas dan wangi. Lepas ni bolehlah mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.